Pakej 5G Rahmah Telefon Pintar Harga RM240. Dapatkan Sekarang! | Info Bantuan

Kongsikan Artikel ini


Pakej 5G RAHMAH menawarkan akses perkhidmatan 5G dan telefon pintar berharga RM240 dengan kelajuan data minimum 60GB serta pelan pascabayar serendah RM60 sebulan bermula 31 Ogos hingga 31 Disember 2023 dan rebat sebanyak RM10 sebulan dapat dimanfaatkan oleh semua penjawat awam Malaysia melalui Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam bagi tempoh 12 bulan bermula 16 September hingga 31 Disember 2023.

Tarikh Pembelian

Pakej ini akan berada di pasaran bermula 31 Ogos 2023

Pakej dengan spesifikasi asas pelan data (device bundle) melibatkan telefon pintar berharga tidak melebihi RM240 berserta pelan pascabayar serendah RM60 sebulan dengan data minimum 60GB ditawarkan bermula 31 Ogos hingga 31 Disember untuk semua rakyat Malaysia.

Jenama & Spesifikasi Telefon Pintar


Samsung A14 5G


  • Storan 128GB
  • Memori (RAM) 6GB
  • Harga pasaran : RM949
  • Harga Pakej Rahmah 5G : RM240

Honor 90 Lite 5G


  • Storan 256GB
  • Memori (RAM) 6GB
  • Harga pasaran : RM1099
  • Harga Pakej Rahmah 5G : RM240

Cara Mohon

Melalui 2 cara berikut:

  1. Bersemuka di pusat jualan telco berdekatan anda
  2. Dalam talian melalui sesawang telco yang terlibat

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk Facebook Kementerian Komunikasi dan Digital


Sumber dipetik:
PortalMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *