‘Pandai buat hutang nak bergaya punya pasal tapi liat bayar’, kedai motor dedah senarai penghutang

Kongsikan Artikel ini


Sebuah kedai motosikal di Seberang Takir, Terengganu mengambil tindakan drastik apabila mendedahkan senarai individu yang mempunyai tunggakan pinjaman motor.

Lengkap dengan senarai nama penuh, model motor dan jumlah bulan tunggakan, terdapat kira-kira 70 penghutang yang dituntut untuk melangsaikan bayaran.

“Amaran tunggakan motor pinjaman kedai. Sila jelaskan segera. Kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan selanjutnya.

“Pandai hutang, pandai bayar,” dipetik daripada kenyataan keras kedai itu.

Turut dimaklumkan pihak kedai terbabit akan memadam nama penghutang yang telah menyelesaikan bayaran daripada senarai tersebut.

Semakan mendapati ada penghutang yang hampir tiga tahun tidak membayar hutang dengan rata-rata mereka dilihat tidak mahu kalah dalam bergaya di jalan raya.

Kebanyakan mereka sanggup berhutang membeli motorsikal mahal seperti model Yamaha NVX dan Yamaha Y15ZR.

Sehubungan itu, warganet menasihatkan agar mereka terbabit melunaskan hutang masing-masing manakala bagi yang berhajat hendak membeli motor dinasihatkan tidak perlu bergaya di luar kemampuan.

Anak muda terutamanya digalakkan membeli motor yang lebih rendah harganya tetapi berkualiti seperti EX5.

“Andai kalau nak berhutang pun beli saja motor yang murah atau sekadar adanya. Motor terpakai pun takpa. Dari hutang keliling pinggang dikejar pengutip hutang dan along pasti tidur tak lena,” kata seorang pengguna media sosial.

LANJUT MENYUSUL

[DTV] FIRST LADY DARI NERAKA



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *