Pasangan suami isteri berdepan detik cemas enjin kapal layar rosak

Kongsikan Artikel ini

SABAK BERNAM – Perjalanan sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kapal layar yang dinaiki mengalami kerosakan pada enjin di perairan daerah ini, semalam.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 8 malam selepas pasangan suami isteri berusia 51 dan 62 tahun memulakan pelayaran bermula pukul 8.30 pagi hari sama dari Pelabuhan Klang.

Kapal layar itu dikemudikan seorang kepten lelaki warga Amerika Syarikat berusia 55 tahun.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru kira-kira pukul 2 pagi hari ini dengan enjin kapal itu rosak akibat kebakaran bilik jenteranya.

Katanya, berdasarkan maklumat kapal tersebut dalam perjalanan ke Pulau Pangkor.

“Mereka dikatakan akan meneruskan perjalanan menggunakan layar sementara menunggu
bantuan khidmat bot tunda untuk memasuki Pangkor Marina Malaysia (PMM) bagi tujuan pembaikan.

“Bot Perkasa 35 telah diatur gerak ke lokasi untuk membuat pemantauan di lokasi kejadian bagi memastikan keselamatan kesemua penumpangnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kapal layar yang mengalami kerosakan enjin diiringi bot maritim.

Beliau menambah bot maritim sama juga telah ditugaskan mengiringi kapal layar tersebut sejauh 17 batu nautika ke sempadan Perairan Perak kira-kira pukul 2.15 petang tadi.

Siva menasihatkan orang ramai dan komuniti maritim agar sentiasa memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut, terutamanya cakna dengan keadaan cuaca. -KOSMO! ONLINE

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.