Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja – BERNAMA
KUALA LUMPUR – Pasaran getah Malaysia kekal dalam mod menurun pada penutup pada Jumaat berikutan faktor luaran menjejaskan permintaan terhadap getah asli.
Seorang peniaga berkata isu luaran, iaitu kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan isu eksport AS telah menjejaskan permintaan terhadap getah.
Bagaimanapun, ringgit yang lebih lemah telah menyokong dagangan getah.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) lebih rendah pada 614.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal juga turun kepada 463.0 sen sekilogram.
Pada jam 5 petang, harga penutup LGM untuk SMR 20 berada pada 614.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal pada 461.0 sen sekilogram. – BERNAMA