Pasca Banjir: 110 kes penyakit berjangkit dikesan

Kongsikan Artikel ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan jangkitan saluran pernafasan akut (81 kes), penyakit kulit (16 kes) dan  acute gastroenteritis (13 kes).

“Selain itu, tiada kes Covid-19 baharu dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir. Jumlah keseluruhan adalah kekal sebanyak 434 kes.

Baca juga: Janji temu dos penggalak melalui SMS, MySejahtera

“Beliau turut menambah, tiada pertambahan kluster baharu yang dilaporkan hari ini dalam kalangan mangsa banjir di Pusat Perpindahan Sementara (PPS),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 88 PPS masih beroperasi dengan negeri dilanda banjir melibatkan Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka manakala seramai 12,421 mangsa terjejas. -K!ONLINE

Manakala jumlah kes covid-19 dilaporkan setakat hari ini 29 Disember 2021, adalah 3,683 kes turun 21 kes berbanding 2,897 kes direkodkan pada 28 Disember 2021 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,750,516 kes – KP Kesihatan.

Sumber : Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *