Pelumba Moto3: Jason Dupasquier Meninggal Dunia Di Usia 19 Tahun

Kongsikan Artikel ini

Pelumba Moto3, Jason Dupasquier telah meninggal dunia di usia 19 tahun ekoran dari insiden kemalangan ketika sesi ujian kelayakan kemarin.

Pelumba kelahiran Switzerland itu mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah motor, ketika sesi ujian kelayakan di Itali.

Selepas kemalangan tersebut, beliau dengan segera telah diterbangkan terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.

Walau bagaimanapun, Jason dilaporkan telah meninggal dunia dan ia jelas merupakan berita yang sangat mengejutkan dan mendukacitakan untuk dunia sukan permotoran.

Satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh MotoGP yang menyatakan:

“Ekoran dari insiden serius ketika ujian kelayakan sesi kedua Moto3 di Gran Premio d’Italia Oakley, amat mendukacitakan untuk kami laporankan tentang kehilangan pelumba Moto3, Jason Dupasquier.”

“Dupasquier telah terlibat dengan kemalangan melibatkan beberapa buah moto ketika pusingan ke-9 dan 10, dengan sesi itu telah dihentikan selepas insiden tersebut. ‘FIM Medical Intervention Vehicles’ tiba di lokasi dengan segera dan pelumba Switzerland itu dirawat di atas track sebelum dipindahkan menggunakan helicopter, dalam keadaan stabil ke Careggi Hospital di Florence.”

“Walaupun pasukan petugas kesihatan circuit telah melakukan sehabis baik mereka hasil bantuan kesemua yang merawat pelumba Switzerland itu, pihak hospital dengan dukacitanya mengesahkan bahawa Dupasquier sudah meninggal dunia.”

“Dupasquier telah menunjukkan permulaan yang sungguh menakjubkan di musim keduanya dalam lightweight class di Grand Prix Racing, dengan kekal terus mengutip mata dan sering berada di kelompok 10 teratas.”

“FIM, IRTA, MSMA dan Dorna Sports turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Dupasquier, sahabatnya dan semua insan yang disayanginya.”

Pasukan yang beliau wakili, Prustel GP turut memuat naik kenyataan yang menyatakan:

“Kami semua berdukacita, dan pada ketika ini kami bersama dengan keluarga Jason. Kamu akan selalu dirindui dan tidak akan pernah dilupakan.”

Dupasquier sebelum ini sudah dianggap sebagai prospek masa depan dalam dunia sukan permotoran dengan bakat dan kebolehan yang beliau tunjukkan.

Juara berganda Switzerland itu baru sahaja melakukan debutnya pada tahun lalu dan kariernya telah berkembang dengan sungguh baik.

Beliau berada di kedudukan 10 terbaik dalam World Championship musim ini dengan mengumpul 27 mata dari lima perlumbaan awal beliau.

Satu kehilangan yang cukup besar dalam dunia sukan permotoran.

Ride in peace, Jason.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *