Pendapatan ASB dividen 4.25 sen, bonus 0.75 sen

Pendapatan ASB dividen 4.25 sen, bonus 0.75 sen
Kongsikan Artikel ini

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada Khamis 23 November 2021 mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen untuk setiap unit bagi dana pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (TK2021).  Agihan pendapatan sebanyak  RM8.9 bilion ini  akan memberi manafaat kepada 10.4 juta pemegang unitnya.

Agihan ini merangkumi pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.75 sen seunit,.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria berkata, usaha berterusan dalam strategi kepelbagaian dan pengukuhan portfolio yang dilakukan telah membuahkan hasil yang positif.

Beliau menambah, pulangan pelaburan ekuiti global yang lebih kukuh telah berjaya mengurangkan kesan pasaran domestik yang lembab.  Ini menunjukkan perlunya strategi kepelbagaian dalam menguruskan risiko portfolio agarmemberi pulangan yang mampan.

“Peruntukan pelaburan antarabangsa ASB meningkat daripada 5.9 peratus pada 2020 kepada 8.2 peratus tahun ini. Ekuiti awam antarabangsa menyumbang sebanyak 30.7 peratus kepada pendapatan kasar pada 2021 berbanding 24.2 peratus tahun lepas.

“Alhamdulillah, pengagihan pendapatan ASB pada tahun ini kekal kompetitif hasil usaha dan dedikasi pasukan pelaburan kami.

“Kadar pengagihan pendapatan sebanyak lima sen seunit ini adalah 315 mata asas lebih tinggi berbanding Deposit Tetap 12 bulan yang kadar semasanya ialah 1.85 peratus,” katanya sewaktu mengumumkan pengagihan pendapatan ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 secara maya di sini pada Khamis.

Disyorkan artikel ini: ASNB Umum Agihan Pendapatan 2.74 sen ASN Imbang 1

Tun Arifin berkata, ASB mencatatkan prestasi positif di sebalik keadaan pasaran kewangan yang tidak mencabar, serta kemunculan varian baharu Covid-19 dan peningkatan kes baharu sepanjang tahun yang memperlahankan pemulihan ekonomi global.

“Jumlah akaun ASB pula bertambah sebanyak hampir 200,000 kepada 10.4 juta, manakala unit dalam edaran meningkat sebanyak 7.4 bilion atau 4.3 peratus kepada 181.2 bilion unit,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, “Kami amat menghargai kepercayaan berterusan yang diberikan oleh pemegang unit kami dan akan berusaha memenuhi mandat PNB untuk terus menjana pulangan yang mampan.

Kredit: SinarHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *