Penetapan Tarikh PRU-15 & Penamaan Calon

Perkenan Yang DiPertuan Agong
Kongsikan Artikel ini

PENETAPAN TARIKH PRU-15 & PROSES PENAMAAN CALON PRU15

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong perkenan Parlimen dibubar pada  Isnin, 10 Oktober 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum (PRU) peringkat Parlimen.

INTIPATI PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI | 10 OKTOBER 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan perutusan khas di Bangunan Putra Perdana , Putrajaya hari ini.

Dengan ini dimaklumkan, bahawa tengah hari semalam, PM telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menyembah warkah permintaan kepada Baginda, mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.

Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan memperkenankan permintaan PM, supaya Parlimen Ke14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022.

PM mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya, bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum Peringkat Parlimen, meskipun beberapa buah negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masingmasing.

Ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban, selain kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos.

Penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon, dan hari mengundi serta urusan-urusan lain yang berkaitan, adalah tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dengan pengumuman ini, mandat akan dipulangkan kepada rakyat. Mandat rakyat adalah penawar ampuh bagi negara menzahirkan kestabilan politik dan mewujudkan Kerajaan teguh, stabil serta dihormati selepas PRU15.

Proses ini berlandaskan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sebagai pasak pemerintahan, sejak negara mencapai kemerdekaan.

Pembubaran ini dilaksanakan bagi menoktahkan suarasuara yang selama ini meratib keabsahan Kerajaan, Kerajaan pintu belakang dan Kerajaan tebuk atap.

Semoga rakyat menggunakan kuasa yang ada pada mereka, untuk memilih kerajaan yang mampu meneruskan pelaksanaan Bajet Keluarga Malaysia 2023, mengekalkan kestabilan politik, memulih dan mengukuh ekonomi serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan Keluarga Malaysia yang berbilang agama, kaum dan etnik.

-PM Ismail Sabri

Penetapan Tarikh PRU-15

PRU-15: Penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon, dan hari mengundi serta urusan-urusan lain yang berkaitan, adalah tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Walaupun tarikh PRU15 masih belum diumumkan, namun mungkin tarikhnya boleh dianggarkan melalui proses PILIHANRAYA yang telah termaktub dalam peraturan dan undang-undang.

pru15 tarikh pru-15
Sumber: BERNAMA

BILA DAN BAGAIMANA PROSES PENETAPAN TARIKH PILIHANRAYA (PRU15) ?

Apabila Parlimen bubar, SPR diberi masa 60 hari untuk melangsungkan pilihan raya.

Bagi memastikan persediaan dilaksanakan teratur, memaksimumkan tempoh berkenaan adalah langkah terbaik  bergantung kepada keadaan.

Dalam tempoh 60 hari yang diperuntukkan sebelum berlangsungnya pilihanraya, SPR akan bermesyuarat khas untuk menentukan Tarikh Penamaan Calon, Undi Awal dan Hari Mengundi.

Selepas mesyuarat khas, SPR akan keluar writ kepada semua Pegawai Pengurus bagi setiap bahagian pilihan raya (dalam konteks PRU, 222 Pegawai Pengurus akan diberikan writ setelah nama2 mereka diperkenankan YDP Agong.

Selepas Penamaan Calon, bermulalah tempoh berkempen.

Dalam Peraturan, minimum tempoh kempen adalah 11 hari. SPR akan cuba pastikan tempoh berkempen adalah munasabah kerana dalam waktu berkenaan juga, undi pos akan dikeluarkan kepada semua pengundi yang layak mengundi pos termasuk pengundi di luar negara. Buat masa ni, standard tempoh berkempen biasanya 10-14 hari.

Setiap kali PRU melibatkan beratus ribu petugas. Untuk PRU15, hampir 400,000 petugas seluruh negara akan bertugas memastikan semua pengundi dalam mengundi.

Pilihan Raya merupakan Hari Raya terbesar negara kita, semua rakyat akan meraikannya.

pru-15

Berikut ialah tarikh dan peristiwa utama yang membawa kepada pilihan raya umum (PRU) ke-14:

28 Mac Perdana Menteri Najib Razak membentangkan laporan penyusunan semula Suruhanjaya Pilihan Raya di Dewan Rakyat
6 April Najib Razak mengumumkan hasratnya untuk membubarkan Parlimen Malaysia
7 April Pembubaran rasmi Parlimen
10 April Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Hashim Abdullah mengumumkan bahawa pilihan raya akan berlangsung pada 9 Mei 2018
28 April Proses penamaan calon untuk pilihan raya umum bermula, dan tarikh akhir (10 pagi) untuk penghantaran kertas pencalonan calon
28 April Tempoh berkempen 11 hari bermula
5 Mei Pengundian awal bermula
9 Mei Hari pengundian
10 Mei Angkat sumpah Perdana Menteri yang baru Mahathir Mohamad

Pendaftaran & Semakan Pemilih (SPR)

Bagi anda yang masih belum mendaftar dan membuat semakan pemilih, SPR, anda boleh berbuat demikian secara online atau manual.

Rujuk : MySPR Semak -Semakan Daftar Pemilih / Pengundi SPR Online 2022

Sumber dipetik eCentral[dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *