Pengadil Berat Sebelah, Pemain Portugal Tidak Puas Hati

Kongsikan Artikel ini

Bruno Fernandes mengecam keputusan melantik pengadil dari Argentina dalam suku akhir Piala Dunia di antara Portugal dengan Maghribi yang menjadi punca mereka tersingkir apabila mendakwa: “Mereka jelas berat sebelah kepada pihak lawan”.

Portugal terkandas di peringkat suku akhir kejohanan di Qatar itu buat pertama kali selepas lonjakan tinggi Youssef En-Nesyri dalam separuh masa pertama memastikan gol tunggal perlawanan semalam.

Pemain Portugal Tidak Puas Hati! 1

Bagaimanapun, prestasi pengadil, Facundo Tello, dikritik oleh barisan pemain Portugal selepas perlawanan itu. Lebih-lebih lagi Fernandes dinafikan sepakan penalti selepas diterjah Achraf Hakimi.

Sila Baca Disini : Acuan Keserasian Harimau Malaya!

Pemain Portugal Tidak Puas Hati!

Pertahanan Pepe menyifatkan pelantikan Tello itu sebagai “tidak boleh diterima” selepas kekalahan Portugal dan Fernandes turut senada.

“Saya tidak pasti adakah mereka akan menyerahkan piala itu kepada Argentina. Saya akan menyatakan apa yang saya fikirkan dan ‘lantaklah’ mereka,” kata Fernandes kepada pemberita di Stadium Al Thumama.

“Sangat pelik apabila pengadil dari pasukan yang masih berada dalam kejohanan ini bertindak mengadili kami. Mereka jelas berat sebelah.

“Pengadil ini tidak mengendalikan Liga Juara-Juara (UCL). Mereka tidak biasa dengan bahang perlawanan seperti ini dan rentaknya.

“Dalam babak pertama, saya jelas patut dihadiahkan sepakan penalti. Tidak pernah dalam hidup saya untuk membiarkan diri saya terjatuh sendiri apabila saya bersendirian dengan penjaga gol selain berpeluang melakukan rembatan ke arah gawang.”

Pemain Portugal Tidak Puas Hati! 2

Sementara itu, pasangan hidup Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez pula mengkritik taktik ketua jurulatih Portugal, Fernando Santos selepas negara itu dikejutkan oleh Maghribi dalam suku Piala Dunia di Qatar.

Penyerang berusia 37 tahun itu diletakkan di bangku simpanan dalam perlawanan kedua berturut-turut ketika pasukannya tumbang hasil jaringan tunggal Youssef En-Nesyri daripada tandukan.

Walaupun Ronaldo kemudian diperkenalkan sejurus permulaan separuh masa kedua, beliau gagal mencetuskan impak.

Pemain itu meluru ke terowong pemain dalam keadaan teresak-esak sebaik Portugal terkandas, lalu mendorong Rodriguez bertindak melancarkan kata-kata pedas buat Santos.






Sumber dipetik:
PortalMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *