gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja – GAMBAR FAIL
KUALA LUMPUR – Seorang pengasuh didenda RM5,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana menyebabkan seorang kanak-kanak berusia setahun tujuh bulan di bawah jagaannya melecur di kaki kirinya.
Hakim Izralizam Sanusi turut memerintahkan wanita berusia 20 tahun itu dikenakan bon berkelakuan baik RM1,000 selama setahun dan melakukan khidmat masyarakat selama 36 jam dalam tempoh enam bulan bermula hari ini.
Dia membayar denda itu.
Wanita itu mengaku melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Brickfields di sini pada pukul 10 pagi pada 11 April 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Wanita itu diwakili peguam Azamuddin Abd Aziz manakala TPP Roslizi Sulaiman hadir untuk pendakwaan = BERNAMA
Sumber dipetik:
sinardaily[dot]my