Pengendali Harimau Malaya letak jawatan

Kongsikan Artikel ini

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan pengendali Harimau Malaya Tan Cheng Hoe melepaskan jawatannya berkuat-kuasa serta merta hari ini.

Cheng Hoe pengendali Harimau Malaya letak jawatan
Tan Cheng Ho Facebook

Setiausaha Agung FAM, Mohd. Saifuddin Abu Bakar berkata, keputusan itu dibuat selepas melakukan perbincangan susulan kegagalan Cheng Hoe membantu skuad kebangsaan mencapai sasaran yang ditetapkan pada kempen Piala AFF Suzuki di Singapura baru-baru ini.

“FAM hari ini ingin memaklumkan bahawa ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya.

Baca juga artikel: Akhyar sah positif Covid-19
Messi Kini Mendahului Pele

“Selepas berbincang secara terbuka dari semua sudut, pihak pengurusan FAM akhirnya menghormati keputusan tersebut dan telah bersetuju untuk melepaskan Cheng Hoe menerusi persetujuan bersama kedua-dua pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Skuad negara tersingkir di peringkat Kumpulan B selepas menamatkan saingan di tempat ketiga selain tewas memalukan kepada Vietnam dan Indonesia di pentas Piala AFF Suzuki bulan lalu.

Difahamkan, antara calon yang dikatakan bakal menggantikan posisi Cheng Hoe adalah pengendali import yang juga ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Bojan Hodak atau bekas pengendali Singapura dari Jepun, Tatsuma Yoshida. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *