Peniaga tak puas hati orang dedahkan taktik kedai pakai pelaris

Kongsikan Artikel ini


Seorang peniaga meluahkan rasa tidak puas hati apabila ada orang cuba mendedahkan taktik para peniaga yang menggunakan pelaris di kedai-kedai.

Menerusi satu tangkap layar yang dimuatnaik pengguna Facebook, Abi Solihin di laman kumpulan B40 Buat Perangai Apa Harini, dia berkongsikan satu mesej dari seorang peniaga mengakui menggunakan pelaris tetapi dikatakan pelaris yang menggunakan ayat al Quran.

Peniaga tersebut bahkan memberi amaran agar tidak terus mendedahkan taktik pelaris yang digunakan peniaga kerana ia dianggap seolah cubaan menutup periuk nasi mereka.

“Salam dik, Maaflah kalau mesej ni kacau adik. Akak rasa adik tak patut kongsi cara nak tahu kedai ada pelaris atau tak sebab kesian orang macam akak ni, nak-nak niaga.

“Akak ngaku ada pakai pelaris tapi guna ayat Quran. Tapi tak eloklah buat gini. Boleh lari pelanggan kedai makan. Sejak adik ni femes dekat FB, tak rasa bersalah ke kongsi benda-benda hok bulih tutup periuk nasi orang lain,” katanya.

Individu tersebut turut memberi amaran untuk berhenti mendedahkan taktik pelaris yang digunakan peniaga untuk mengelakkan ‘ada’ yang marah.

“Harap berhentilah sebelum ada yang marah tak puas hati lepastu santau dari jauh. Bukan akak lah, tapi akak bagitahu je sebagai nasihat.

“Akak tahu adik pengaruh kuat tapi jangan buat gini. Akak ada juga suruh orang tengok adik, tahu adik power tapi jangan buat gini. Susoh kan diri je. Awok tu lawo tapi janganlah busuk hati tutup periuk nasi orang,” ujarnya

Baca juga: Budak 11 tahun jadi saksi mak ayah dipijak sampai tak bernyawa ketika orang ramai lari dari gas pemedih mata

Baca juga: Awas krisis ekonomi dunia – Rakyat UK dah mula potong kayu sendiri, protes mega bantah harga gas, bahan api naik mendadak



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *