PH bakal memuktamadkan pembahagian kerusi 30 September menjelang PRU15

Kongsikan Artikel ini

Pakatan Harapan akan menyelesaikan pembahagian kerusi di kalangan mereka menjelang 30 September ini, kata Pengarah Strategi Harapan, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“Kita dah buat tiga pusingan rundingan dan saya boleh katakan mesyuarat kita berjalan lancar. Kita berbincang dengan baik dan saya juga boleh sebutkan disini kita sudah mencapai 70 peratus pembahagian telah selesai.

“Tinggal sedikit lagi dan kita selesaikan sebelum 30 September. Jadi, kita tak ada masalah,” katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian Konvensyen AMANAH di Seremban hari ini.

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden AMANAH berkata demikian dalam sidang media bersama Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Dr Hatta Ramli, Pengarah Komunikasi Khalid Samad dan Pengarah Strategi Datuk Dr Dzulkefly Ahmad.

Dalam sidang media ini, Mohamad Sabu berkata, penyusunan kerusi A, B, C atau D sekarang sudah tidak tepat legi ekoran perubahan suasana pilihan raya yang ada dengan kemasukan 5 juta pengundi baru sekarang dari kalangan pengundi muda dan pengundi yang tidak pernah mendaftar sebagai pengundi sebelum ini.

“Kita pun tak ada meletakkan yang mana (kerusi) gred A, B, C atau D kerana PRU akan datang kita tak tahu trend mengundi kearah mana,” katanya.

Mohamad menjawab permintaan pemintaan Pemuda AMANAH agar mereka diberikan kerusi Gred A yang dikira boleh menang dalam pilihan raya umum kali ini.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *