Piala Dunia Qatar – Argentina Mara Ke Final

Kongsikan Artikel ini

Lionel Messi dan Julian Alvarez menjaringkan gol untuk membantu Argentina mara ke final Piala Dunia Qatar 2022.

Messi menambah 1 lagi koleksi gol dalam Piala Dunia 2022, manakala penyerang muda Manchester City, Julian Alvarez terus cemerlang di hadapan gol dengan mencetak 2 gol untuk membantu Argentina menempah tempat di final.

Piala Dunia Qatar - Argentina Ke Final Piala Dunia! 1

Argentina menang 3-0 dalam aksi yang sangat memukau. Memastikan Croatia tidak dapat mencipta kemaraan buat kali kedua berturut-turut dalam aksi final Piala Dunia.

Sila Baca Disini : Peluang Terakhir Pemain Malaysia!

Piala Dunia Qatar – Argentina Ke Final Piala Dunia!

Juara dunia dua kali, Argentina jelas menerima sokongan luar biasa daripada  sebahagian besar  penonton di dalam Stadium Lusail telah mempamerkan aksi terbaik mereka dalam kejohanan itu untuk memastikan mereka akan bertemu pemenang pertembungan satu lagi aksi separuh akhir, antara penyandang juara Perancis dan Maghribi.

Messi, 35 tahun yang pernah menelan kekalahan kepada Jerman pada perlawanan akhir 2014, terdesak untuk menandakan kerjayanya yang luar biasa dengan memenangi Piala Dunia pertamanya dan membawa Argentina kepada gelaran ketiga selepas 1978 dan 1986.

Piala Dunia Qatar - Argentina Ke Final Piala Dunia! 2

Messi menitiskan airmata kegembiraan selepas tamat perlawanan.

Messi memberikan inspirasi kepada negaranya menerusi gol pendahuluan menerusi sepakan penalti separuh masa pertama yang sempurna, dia memastikan kemenangan dengan mencipta gol ketiga dengan cemerlang.

Croatia, naib juara di Rusia empat tahun lalu,menerima padah selepas beberapa aksi bertahan yang teruk. Gagal menunjukkan karakter bertahan mereka yang baik seperti sebelum ini.

Mereka melepaskan penalti untuk memberikan Argentina peluang mendahului.

Piala Dunia Qatar - Argentina Ke Final Piala Dunia! 3

Dominik Livakovic menggagalkan beberapa lagi percubaan daripada Argentina. Namun gagal untuk menafikan 2 lagi gol menerusi Julian Alvarez pada separuh masa kedua.

Selepas tamat perlawanan Messi mengesahkan bahawa ini adalah Piala Dunia terakhirnya. Beliau berbangga dapat merasai final Piala Dunia kedua dalam sejarah kariernya.

Messi sangat berharap agar kali ini keputusan berbeza akan dicatatkan berbanding 8 tahun lalu.

Gol gol dari Messi dan Alvarez ini benar benar memberikan impian Piala Dunia ketiga Argentina yang berada di landasan terbaik dengan gugusan mereka ke final.





Sumber dipetik:
PortalMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *