Piala Dunia Qatar – Costa Rica Dan Maghribi Cipta Kejutan!

Kongsikan Artikel ini

Skuad Maghribi mencipta salah satu kejutan dalam saingan Piala Dunia Qatar apabila menewaskan salah satu pasukan pilihan, Belgium 2-0 dalam aksi peringkat Kumpulan F di Stadium Al-Thumama.

Piala Dunia Qatar - Costa Rica Dan Maghribi Cipta Kejutan! 1
Persembahan yang menakjubkan di separuh masa kedua daripada Maghribi telah menghadirkan kemenangan yang cukup bergaya dalam aksi Piala Dunia ke atas Belgium.

Kemenangan buat skuad kendalian Roberto Martinez bakal menyaksikan mereka menjadi pasukan kedua layak ke peringkat kalah mati, mengiringi Perancis namun jangkaan itu tidak berhasil.

Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Neymar Alami Kecederaan Teruk! 


Piala Dunia Qatar – Costa Rica Dan Maghribi Cipta Kejutan!

Selepas sepakan percuma pada separuh masa pertama daripada Hakim Ziyech dibatalkan, taktikal sama digunapakai dalam separuh masa kedua apabila Abdelhamid Sabiri meletakkan Maghribi di landasan untuk meraih kemenagan ketiga dalam sejarah Piala Dunia mereka.

Kemenangan mereka dilengkapi ketika perlawanan melewati minit-minit akhir permainan, Zakaria Aboukhlal merembat masuk bola dari jarak dekat sekaligus menyaksikan saingan Kumpulan F kembali terbuka ketika berbaki satu pusingan lagi.

Selepas memenangi lapan perlawanan peringkat kumpulan di Piala Dunia, kemenangan bakal memberikan satu rekod baru yang bakal dicipta Belgium, selepas kali terakhir kalah di peringkat tersebut pada 1994.

Keputusan ini menyaksikan kekalahan pertama Belgium kepada negara Afrika di Piala Dunia, dan Maghribi hanya memerlukan satu mata bertemu Kanada untuk mara ke pusingan kalah mati buat pertama kali sejak 1986.

Piala Dunia Qatar - Costa Rica Dan Maghribi Cipta Kejutan! 2
Manakala Costa Rica pula berjaya mengejutkan Jepun dengan kemenangan 1-0 dalam saingan Piala Dunia Qatar sekaligus membuka semula persaingan peringkat Kumpulan E.

Perlawanan yang hambar di antara kedua-dua pasukan yang beraksi di Stadium Ali Bin Ahmad itu kelihatan bakal menjadi perlawanan keenam yang beraksi dengan keputusan tanpa jaringan sebelum Keysher Fuller melencong bola mengatasi penjaga gol Jepun, Yeltsin Tejeda, ketika perlawanan berbaki sembilan minit.

Jepun merupakan pasukan yang lebih cemerlang, terutama sekali dalam separuh masa kedua, tetapi Costa Rica mendahului menerusi percubaan pertama mereka dalam kejohanan kali ini.

Keputusan itu menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi tiga mata menjelang perlawanan terakhir, dengan Jerman kini berpeluang untuk ke peringkat kalah mati dengan kemenangan ke atas Costa Rica dalam aksi terakhir walau apa jua keputusan ketika bertemu Sepanyol.






Sumber dipetik:
PortalMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *