Piala Dunia Qatar – Maghribi Cipta Sejarah Baharu

Kongsikan Artikel ini

Wakil Afrika, Maghribi lakar sejarah baharu dalam bola sepak mereka apabila berjaya ke separuh akhir Piala Dunia 2022 selepas menewaskan pasukan pilihan dari Eropah, Portugal 1-0 di Stadium Al Thumama.

Piala Dunia Qatar - Maghribi Cipta Sejarah Baharu! 1

Maghribi juga menjadi pasukan pertama Afrika yang mara ke kelompok empat terbaik selepas menjadi negara Arab pertama layak ke suku akhir.

Skuad kendalian Walid Regragui itu bermain dengan cukup bersemangat sejak awal perlawanan dan mereka kerap memberi tekanan kepada benteng pertahanan Portugal.

Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Argentina Unggul, Belanda Kecewa!

Piala Dunia Qatar – Maghribi Cipta Sejarah Baharu!

Mereka turun dalam perlawanan itu sebagai pasukan ‘underdog’, berbanding Portugal tetapi sudah membuktikan mampu menjadi pencabar utama di Qatar dan dahagakan lebih banyak lagi kejayaan.

Pada minit ke 42, Stadium Al Thumama bergegar dengan sorakan penyokong Maghribi apabila Youssef En-Nesyri menanduk masuk bola hantaran Attiyat Allah sekaligus meletakkan mereka di depan 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Piala Dunia Qatar - Maghribi Cipta Sejarah Baharu! 2

Menyedari jentera serangan Portugal agak tumpul, Fernando Santos terpaksa membuat pertukaran pemain dengan memasukkan bintang utama, Cristiano Ronaldo menggantikan tempat Ruben Neves namun ia masih gagal memberikan sebarang impak.

Beberapa deretan peluang terhidang gagal disudahkan oleh jentera serangan Portugal ditambah pula dengan kecemerlangan penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou menepis beberapa percubaan berbahaya.

Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus menyaksikan impian Ronaldo untuk menjulang Piala Dunia dalam penampilan terakhirnya di peringkat antarabangsa tidak menjadi kenyataan.

Hasil kemenangan ini bermakna Morocco bakal menentang Perancis dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2022 yang berlangsung pada 15 Disember ini.






Sumber dipetik:
PortalMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *