Program Menu Rahmah khusus untuk golongan miskin tegar telah dilancarkan pada 31 Januari 2023.
Pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan kos sara hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub di Subang Jaya, Selangor.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Menu Rahmah ini untuk makluman bersama.
Sumber: FB Laman Rasmi KPDN
Menu RAHMAH merupakan makanan tengah hari atau malam yang seimbang dan merangkumi nasi, satu pilihan protein seperti ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan iaitu pada harga RM 5.00 sepinggan.
Pelancaran Menu RAHMAH ini merupakan salah satu inisiatif baharu dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat, susulan daripada libat urus industri yang dilaksanakan pada 26 Januari 2023 bersama wakil-wakil persatuan restoran seperti
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA),
Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS),
Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia,
Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors General Association (MCSPGA),
Bumiputra Retailers Organization (BRO),
Malaysia Retail Chain Association (MRCA), dan
Malaysia Retailers Association (MRA).
Dengan tawaran harga menu yang sangat berpatutan ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.
Program ini merupakan kerjasama sinergi antara kerajaan bersama pemain industri makanan dan minuman yang akan diperluaskan diseluruh negara dalam masa terdekat.
Selain inisiatif Menu Rahmah, terdapat juga program-program yang akan menyusul seperti :
Bakul Rahmah – sasar keluarga miskin tegar setiap bulan
Pakej Rahmah – meliputi 12 barang keperluan asas
Kafe Rahmah – dilaksana di universiti tempatan (bermula di KL dengan sarapan dan makan tengah hari percuma, makan malam dengan diskaun sehingga 50%
Menu Rahmah kini dibawakan kepada anda setiap hari di MYDIN Malaysia!
Dengan harga RM4.90, anda akan dapat set makanan tengahari / malam yang cukup sedap dan istimewa. Yang paling penting, dapat berjimat.
SET MAKAN TENGAH HARI / MAKAN MALAM DI MYDINRM4.90/SET
ISNIN
Nasi putih
Ayam masak kicap
Kacang panjang goreng
Air minuman 500ml
SELASA
Nasi putih
Ikan kembung goreng
Tauge masak lemak
Air minuman 500ml
RABU
Nasi putih
Ayam goreng kunyit
Bayam goreng
Air minuman 500ml
KHAMIS
Nasi putih
Sambal ikan
Kubis goreng
Air minuman 500ml
JUMAAT
Nasi putih
Kari ayam
Tauge goreng
Air minuman 500ml
SABTU
Nasi putih
Ikan masak kicap
Kangkung goreng belacan
Air minuman 500ml
AHAD
Nasi putih
Ayam sambal
Kubis goreng
Air minuman 500ml
Sumber: Facebook MYDIN Malaysia
Jom dapatkan di Ready-To-Eat section di Pasar Raya Besar MYDIN terpilih.
Difahamkan menu ini mendapat sambutan ramai setelah pelancarannya.
Sumber gambar dikongsikan di media sosial oleh orang awam / Lokasi : Medan Selera Mydin
Selain di Mydin, orang awam juga berkongsi di media sosial bahawa menu ini turut ditawarkan di beberapa restoran mamak seluruh Malaysia.
Sumber gambar dikongsikan di media sosial oleh orang awam / Lokasi: Restoran Ali Maju
Buletin TV3 melaporkan bahawa lebih 12,500 restoran mamak di seluruh negara sedia menyahut gesaan kerajaan untuk menyediakan Menu Rahmah, bernilai RM5 ke bawah bagi golongan miskin tegar.
Difahamkan, sekitar 4,000 restoran di bawah Koperasi Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) turut terlibat.
Senarai penuh premis yang terlibat akan dimaklumkan oleh KPDN dalam masa terdekat ini.
Baca juga:
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan info terkini tentang Menu Rahmah melalui saluran berikut: