PRU15: Kerajaan negeri Pahang tergantung

Kongsikan Artikel ini


KUANTAN – Buat pertama kali dalam sejarah kerajaan negeri Pahang tidak dapat dibentuk selepas berakhir Pilihan Raya Umum apabila tiada mana-mana parti yang mendapat majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

Berdasarkan keputusan rasmi terakhir pada pukul 4.30 pagi menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendapat 16 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN)  memenangi 17 kerusi dan Pakatan Harapan (PH) mendapat lapan kerusi.

Pada masa ini hanya satu daripada 42 kerusi DUN di Pahang iaitu DUN Tioman masih belum dilaksanakan pengundian susulan kematian calon PN semalam.

Sementara itu bagi kerusi Parlimen di Pahang menyaksikan BN menang lima kerusi Parlimen manakala PN menang tujuh kerusi dan Pakatan Harapan dua kerusi.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *