PRU15: Mohd. Shukri disebut calon MB Perlis

Kongsikan Artikel ini

KANGAR – Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli dijangka dilantik menjadi Menteri Besar Perlis yang baharu selepas Perikatan Nasional (PN) mencipta kemenangan besar di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mohd. Shukri yang juga Pengerusi PN negeri dan berjaya mengekalkan kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang dikatakan bakal menerima watikah pelantikan itu pada hari ini.

Perkara itu disahkan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin yang memaklumkan bahawa Mohd. Shukri adalah antara calon Menteri Besar negeri ini.

Mohd. Shukri, 66, yang sebelum ini merupakan seorang guru dari tahun 1985 hingga 2013 merupakan seorang pemimpin yang sangat dihormati berikutan sifatnya yang mesra dan berjiwa rakyat.

Selain Mohd. Shukri, terdapat dua lagi nama yang disebut-sebut sumber blok politik tersebut iaitu Ketua Penerangan Pas negeri, Azmir Azizan yang memenangi DUN Santan dengan menewaskan penyandang kerusi itu, Azizan Sulaiman.

Satu lagi nama ialah penyandang DUN Guar Sanji, Mohd. Redzuan Hashim yang mengekalkan kerusi itu buat penggal kedua selepas menjadi pihak pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kedua-dua nama itu turut disebut dalam kalangan penyokong gabungan tersebut sebelum ini kerana mewakili golongan muda serta lebih segar yang menjadi trend politik semasa.

Cadangan wakil dari Pas untuk menjadi Menteri Besar dilaporkan mendapat persetujuan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk menerajui kerajaan negeri baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *