Pulang dari masjid naik rakit, tapi apa terjadi pada lelaki ini?

Kongsikan Artikel ini


Seorang lelaki dipercayai disambar buaya ketika sedang dalam perjalanan pulang menaiki rakit dari masjid Taman Kenari malam tadi.

Mangsa berusia 50 tahun dilaporkan hilang dalam kejadian di Sungai Taman Kenari, dekat Batu Tujuh, Sandakan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.50 malam tadi manakala pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan tujuh minit selepas itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung, berkata sepasukan lapan anggota menggunakan sebuah jentera, dihantar ke lokasi bagi menjalankan pencarian.

“Mangsa dilaporkan menyeberangi sungai lebih kurang 20 meter menggunakan rakit berukuran empat meter persegi yang dibuat sendiri untuk sampai ke rumahnya.

“Namun, mangsa dilaporkan tiba-tiba hilang dikhuatiri disambar buaya,” lapor BH.

Walau bagaimanapun, pencarian malam tadi dilakukan dengan berjalan di sepanjang tebing sungai sebagai tindakan awal.

“Pencarian dengan menggunakan bot belum berjaya dijalankan, berikutan kekangan seperti tiada tempat untuk menurunkan bot dan keadaan sungai yang cetek serta keadaan terlalu gelap.

“Setelah menilai keadaan di tempat operasi dan membuat perbincangan dengan pihak polis, pencarian kemudiannya ditangguhkan pada jam 10.28 malam,” tambahnya.

Operasi pencarian kemudiannya disambung semula hari ini.

Baca juga Mati terhidu gas karbon monoksida, nyawa pasangan kekasih remaja melayang khabarnya cinta tidak direstui

Baca juga Remaja perempuan ditemui maut tersangkut di celah batu



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *