Bayi pramatang Shuib dan allahyarhamah Siti Sarah, Ayash Affan yang dilahirkan pada jumaat lalu kini dalam keadaan stabil.
Menurut Shuib, anak keempatnya itu kini bergantung kepada susu formula dan doktor mengesyorkan untuk mendapatkan bekalan susu daripada ibu susuan.
Mengakui ia adalah satu cabaran besar, Shuib mengakui ada beberapa individu yang menawarkan diri menjadi ibu susuan bayinya itu.
“Walaupun ada yang menawarkan diri memberikan susu ibu, tetapi saya terpaksa memikirkannya apabila membabitkan soal hukum agama,” katanya selepas majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual, malam tadi.
Dalam perkembangan lain, pihak hospital memberi tempoh sebulan sebelum Ayash dibenarkan dibawa pulang ke rumah. Lebih melegakan, keputusan ujian calitan telah dilakukan dua kali dan Ayash disahkan negatif daripada covid-19.
Tambah Shuib, dia bersyukur dikelilingi oleh ahli keluarga dan rakan-rakan yang banyak menawarkan bantuan. Buat masa ini, menurut Shuib bapa mentuanya membantu menjaga anak-anak jika dia terpaksa keluar untuk urusan kerja. Dia juga kini dalam proses mencari pembantu rumah selepas pembantu rumah yang terdahulu turut terkorban kerana covid-19.
ARTIKEL BERKAITAN: