Rasa lebih muda beberapa tahun, Ako Mustapha dedah rahsia

Kongsikan Artikel ini

Pelakon, Ako Mustapha merasakan dirinya lebih muda beberapa tahun dan sihat berbanding dahulu selepas menjaga pemakanan dengan baik.

Perkembangan terbaharu kesihatan aktor berusia 51 tahun itu susulan rawatan diterimanya di Zon Merah di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kekurangan insulin, bulan lepas.

“Alhamdulillah, kesihatan saya jauh lebih baik berbanding sebelum ini. Saya rasa lebih muda sebanyak tiga hingga empat tahun berbanding sebelum ini, Alhamdulillah,” katanya dipetik BH Online.

Beliau berkata, berat badannya juga sudah bertambah sebanyak 10 kilogram (kg) berikutan pengambilan ubat dan makanan tambahan teratur.

“Berat badan bertambah sebanyak 10 kg, sebab saya ikut nasihat doktor yang mana saya perlu menjaga kesihatan dengan makan ubat secara teratur.

“Saya ambil ubat berdasarkan nasihat dan sukatan doktor. Sebab doktor lebih pakar, jadi lebih baik saya dengar cakap orang yang berpengalaman dan berpengetahuan,” jelasnya.

Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha berkata, dia disahkan kekurangan insulin dalam badan disebabkan tidak makan ubat secara teratur.

Pesakit diabetes perlu lebih serius dan berdisiplin menjaga pemakanan.

Sementara itu, isterinya, Kartina Shuaib berkata, Ako menghidap kencing sudah lama sekitar 2005 tetapi keadaannya sekarang bertambah baik.

“Alhamdulillah, kesihatannya lebih baik sekarang. Apabila darah bersih dari toksik, nutrisi senang nak meresap dalam badan dan suami kelihatan lebih baik.

“Saya bersyukur akhirnya suami dengar cakap doktor. Tahap gulanya pun sudah rendah.

“Biasalah orang sudah berumur, kena banyak mengambil makanan tambahan. Lagipun, suami sudah terkena, kalau tak terkena mungkin belum sedar.

“Suami serik dimasukkan ke HKL tempoh hari, jadi sekarang dia berjaga-jaga. Saya pun kena bertegas untuk memastikan suami makan dengan baik,” ujarnya yang berkahwin dengan Ako pada 17 Januari 2009.

Menurut Kartina yang kini dikurniakan empat cahaya mata, Ako pada masa ini kerap ke Singapura bagi menguruskan penjualan produk baharu yang diusahakan, iaitu minuman kesihatan untuk pesakit diabetes.

Baca juga: Filem Mat Kilau tular lagi, YouTuber ‘koyak’ dikecam

Baca juga: Filem Mat Kilau di televisyen, ramai teruja

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.