RESEPI LAKSAM KELANTAN

Laksam atau lebih dikenali sebagai Laksei di Kelantan dan Laksang di Terengganu merupakan juadah masakan daripada negeri Kelantan dan Terengganu. Ianya diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan tuang pada tudung periuk dan dikukus. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.

Bahan-Bahan:
LAKSAM
- 2 cwn tepung beras
- 1/2 cwn tepung gandum
- 2 sudu kecil tepung ubi
- secubit garam
- 4 cwn air suam
KUAH
- 1/2 kg ikan selayang/sardin/kembung
- sedikit halia
- 5 biji bawang merah
- sedikit serbuk lada hitam
- 3 cwn santan (dari 1 biji kelapa)
- sedikit asam keping
- sedikit gula
CARA MEMBUAT:
Laksam
- Campur semua bahan dan gaul sebati. Perap dlm setengah jam.
- Sementara tu sediakan periuk kukusan atas api.
- Guna pinggan makan/ dulang untuk ganti loyang (ada loyang lagi baik)
- Letak pinggan tu dlm periuk kukusan. Tuang 2 senduk dan ratakan sampai nipis. Kukus sampai keras.
- keluarkan dan tunggu suam terus gulung. Gunting sederhana tebal.
Kuah
- Rebus ikan dengan air dalam periuk. Paras air sama dengan paras atas ikan.
- Masukkan satu asam keping dan sedikit garam.
- Bila ikan sudah masak, keluarkan. Air rebusan jangan dibuang. Buang tulang ikan.
- Kisar isi ikan dengan halia, bawang merah dan air rebusan. Masakkan bahan kisaran dalam periuk.
- Tambahkan serbuk lada hitam, garam, satu lagi asam keping dan sedikit gula.
- Masukkan santan. Masak hingga kuah agak pekat.Tutup api.
Ulam
- kacang panjang, kobis, daun kesum, bunga kantan, daun ketumbar – semua hiris halus dan campurkan bersama.
- Taugeh – direndam dalam air panas sebentar
- Timun – buang kulit, buang tengah dan hiris panjang
Sambal
- Rebus semua cili selama 5 minit.
- Buang air rebusan dan tumbuk semua cili dengan sedikit garam.
- Tambahkan belacan dan sedikit air perahan limau nipis.
Hidangkan laksam bersama kuah dan ulam-ulaman.. Selamat mencuba!
Kredit resipi Jenny Jang FB, Wikipedia