Resipi Laksa Sarawak Simple

laksa sarawak
Kongsikan Artikel ini

Resipi Laksa Sarawak Simple

laksa sarawak
Kredit photo: DLaksa Sarawak

Kalau berkunjung ke Sarawak mesti nak cuba sarapan pagi dengan juadah popularnya Laksa Sarawak. Laksa Sarawak juga turut mudah didapati di negeri-negeri jiran seperti Sabah dan Brunei Darussalam. Hasilnya mungkin menyebabkan sesetengah untuk mempercayai bahawa terdapat resipi laksa yang berbeza dari Sabah dan Brunei, tetapi sebenarnya sebenarnya serupa dengan laksa Sarawak yang berasal dari Negeri Sarawak ini.

Bahan utamanya adalah sambal laksa yang diperbuat daripada pelbagai ramuan. Ia mempunyai sup asas mengandungi sambal belacan yang memberikannya warna seakan kemerahan yang turut dicampur dengan santan, asam jawa, bawang putih, lengkuas, dan serai. Di atasnya pula ditabur dengan cebisan telur goreng, hirisan ayam, udang, dan daun ketumbar. Limau nipis juga ditambah mengikut selera individu.

Bahan-bahan seperti tauge, hirisan tauhu goreng atau makanan laut yang lain juga ditambah mengikut kehendak walaupun bahan-bahan tersebut bukanlah ramuan laksa yang tradisional.

Jom kami kongsikan resipi Laksa Sarawak mudah ini oleh Puan Nor Khomariah FB Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

RESEPI LAKSA SARAWAK

Resepi kuah

Bahan-bahannya:

  • Paste Laksa sarawak (beli pes yang dah siap, kat dalam shoppe pun ada jual )
  • Isi ayam
  • Santan 1 kotak kecil
  • Udang
  • Garam dan perasa secukup rasa
  • 1 ketul kiub ayam
  • Air secukupnya

Cara Penyedian

  • Rebus isi ayam sehingga masak dan keluarkan isi ayam,
  • Bila sejuk, carik-carikan isi ayam tadi
  • Kemudian rebus udang sehingga udang bertukar warna dan angkat.
  • Masukkan paste laksa Sarawak dan kiub ayam ke dalam air rebusan ayam dan udang tadi,
  • seterusnya masukkan santan,  kacau rata,  sentiasa kacau kuahnya ye. Kalau nampak pekat boleh tambah air.
  • Masukkan perasa dan garam secukupnya,  bila kuahnya dah terbit minyak boleh lah tutup api..

Cara Penyediaan Sambal Udang Kering

  • Cili kering
  • Udang kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Belacan
  • Kisar semua bahan diatas
  • Garam dan perasa secukup rasa
  • Minyak utk menumis
  • Bahan-bahan kat atas tu agak-agak je ye.. Tak perlu banyak sangat pun…

Caranya: Tumiskan semua bahan-bahan di atas sehingga betul-betul pecah minyak dan perasakan dengan garam dan perasa secukupnya..

Bahan-bahan  utama lain

  • Mihun (celur sehingga lembut)
  • Telur dadar ( digulung dan potong )
  • Isi ayam dicarik
  • Udang Yang direbus tadi
  • Taugeh
  • Daun ketumbar
  • Limau kasturi
  • Sambal udang kering

Cara hidangan: Letak bihun di dalam mangkuk, tuangkan kuahnya, masuk dan susunkan bahan utama lainnya, susun bahan2 perah limau kasturi serta masukkan sambal udang kering. Ya sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!

Kredit resipi: Puan Nor Khomariah FB Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Wikipedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *