Resipi Vadai (Masala Vadai) Sedap Lembut

Resipi Vadai (Masala Vadai) Sedap Lembut
Kongsikan Artikel ini
Resipi Vadai (Masala Vadai) Sedap Lembut
Vadai (Masala Vadai)

Siapa yang tak suka pada vade iaitu sejenis makanan berasal dari India Selatan ini. Vadai atau (vada, wada, vade), disebut ‘Wah-dei’,  mempunyai 2 jenis iaitu Masala Vadai dan Ulundu Vadai. Masala Vadai yang diperbuat dari dal dan kentang. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali.

Manakala satu jenis lagi adalah Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama chutney atau kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak.

Namun hari ini admin nak kongsi resipi vadai atau vade atau Wah-dei ini oleh Puan Raja Maheran Raja Mahmud di Fb BIKMM amat sesuai untuk minum petang.

Kuih Vadei

Bahan-bahan:

3 cawan kacang dal – direndam 3-4 jam atau semalaman

2 labu bawang besar saiz sederhana-dipotong dadu

7 – 9 tangkai lada kering -digunting  halus

3 atau 4 tangkai daun kari -dihiris halus

1 sudu teh jintan manis

1 sudu teh jintan putih

1- 2 sudu teh garam (sesuai rasa)

Sedikit Maggi cukup rasa

Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Kacang dhal yang telah direndam hendaklah dicuci dan ditoskan (jangan kering sangat)

2. Kemudian kisar kacang dhal menggunakan pengisar kering hingga  halus dan sedikit kasar.

3. Campurkan bahan-bahan hirisan tadi bersama kisaran kacang dhal,  garam,  jintan manis, jintan putih dan sedikit maggi cukup rasa. Gaul hingga sebati, jangan bubuh air.

4. Panaskan minyak secukupnya kemudian bentukkan adunan  bulat2 dan  leperkan sedikit, bolehlah digoreng dengan api yang sederhana kuat.

Selamat mencuba

Sumber: Wikipidi Vade, Puan Raja Maheran Raja Mahmud Fb BIKMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *