‘RM29 Tapi Caj RM98’ – Restoran Shawarma Di Bukit Bintang Didakwa Caj Lebih, Ramai Dah Jadi Mangsa! [Video]

Kongsikan Artikel ini


Di zaman teknologi semakin canggih ini, kebanyakan orang lebih memilih untuk melakukan pembayaran melalui transaksi online seperti ‘paywave’ atau ‘QR Pay’ kerana lebih mudah.

Bagaimanapun, di sebalik kemudahan teknologi tersebut terdapat juga kekurangannya di mana para peniaga dapat menipu pelanggannya yang tidak peka terhadap transaksi wang yang telah ditolak.

Jika menggunakan transaksi ‘QR Pay’ mudahlah, pelanggan yang meletakkan jumlah yang perlu dibayar. Namun, jikalau menggunakan transaksi ‘paywave’ pula, dalam kesibukkan ketika membayar, boleh jadi tersalah pandang amaun!

Restoran jual shawarma di Bukit Bintang didakwa ingin lakukan penipuan

Hal ini susulan tular di media sosial perkongsian seorang wanita yang mendakwa sebuah restoran makanan arab di Bukit Bintang yang terkenal dengan menjual shawarma ingin melakukan penipuan terhadapnya.

Menerusi perkongsian di laman Tiktok akaun @dakajlaa66, wanita itu meminta orang ramai untuk berhati-hati sekiranya membayar makanan dengan menggunakan kad di restoran terbabit.

Taktik ‘Scan’ kad kredit/debit secara sembunyi

Menurutnya, taktik penipuan yang dilakukan oleh juruwang berkenaan adalah dengan mengimbas kad kredit/debit secara tersebunyi di bawah meja.

“Kalau nampak cashier yang jaga ni rambut belah tengah, yang mana bayar pakai kad tolong tengok mintak dia scan kad tu dekat atas meja,” tegasnya.

Kedai Sharwama Bukit Bintang didakwa kenakan caj lebih tinggi daripada harga sepatutnya

Jelasnya, juruwang terbabit mengenakan caj yang tinggi berbanding harga asal yang sepatutnya dibayar olehnya.

“Nasib baik saya perasan dia caj RM98 padahal harga dia (makanan) lebih kurang RM29 sahaja.”

Kata wanita itu lagi, ketika dia menegur juruwang tersebut yang tersalah jumlah menolak duitnya, lelaki itu kelihatan seperti takut sebelum segera memulangkan duitnya.

Di akhir perkongsian, wanita itu sekali lagi berpesan kepada orang ramai untuk berhati-hati dengan menyemak semula resit yang diberikan agar kejadian yang sama tidak berulang lagi.

Difahamkan, video tersebut telah dimuat naik sejak bulan November tahun lalu, namun beberapa laman Twitter dilihat memuat naik semula hantaran itu.

Ramai dakwa jadi mangsa di restoran yang sama di Bukit Bintang

Apa yang mengejutkan, kejadian tersebut yang dikongsikan semula di laman Twitter menyebabkan beberapa pelanggan turut mendakwa pernah menjadi mangsa di restoran yang sama di Bukit Bintang yang terkenal dengan menu shawarma.

Selain itu, mereka juga meminta agar pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk melakukan pemeriksaan serta mengambil tindakan terhadap restoran makanan Arab tersebut.




Sumber dipetik:
Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *