Rotary Club of Kuala Lumpur DiRaja membeli buku di Jualan Gudang Karangkraf 2023

Kongsikan Artikel ini


Syed Shah Redza (tiga dari kanan) membeli buku di Jualan Gudang Karangkraf 2023 di Kumpulan Media Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.

Syed Shah Redza (tiga dari kanan) membeli buku di Jualan Gudang Karangkraf 2023 di Kumpulan Media Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.

SHAH ALAM – Pelbagai diskaun, tawaran dan pilihan buku pada Jualan Gudang Karangkraf 2023 telah menarik minat Rotary Club Kuala Lumpur DiRaja untuk membuat pembelian bagi penganjurannya.

Pengarah Belia badan bukan kerajaan (NGO) Syed Shah Redza Syed Mohamed Redza berkata pihaknya memperuntukkan RM3,000 untuk membeli pelbagai jenis bahan bacaan termasuk buku masakan dan ilmu agama.

Beliau berkongsi kesemua buku yang dibeli adalah untuk kegunaan pelajar di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Perpustakaan Kanak-Kanak Kor Komuniti Rotary dan Kediaman Kanak-Kanak Rotary BRDB (BRCR) Seri Kembangan, Selangor.

“Karangkraf sememangnya terkenal dengan penerbitan buku yang berkualiti. Jadi apabila ada jualan murah, tanpa fikir panjang kami datang membeli bahan bacaan yang diperlukan pelajar.

“Kami percaya niat berkongsi rezeki (membeli buku) akan memberi manfaat kepada mereka yang berumur empat hingga 18 tahun. Ilmu ini tidak pernah cukup dan sentiasa diperlukan,” katanya pada Ahad.

Jualan Gudang Karangkraf 2023 kini kembali lagi dengan pelbagai jenis bahan bacaan pada diskaun sehingga 80 peratus.

Ia diadakan dari 27 Jan hingga 6 Feb dari 9 pagi hingga 7 malam di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.

Tambahnya, buku yang disumbangkan itu diharap dapat melengkapkan bahan bacaan sedia ada bagi menambah ilmu pengetahuan para pelajar.

“Kami berharap pelajar dapat belajar dengan seronok apabila mendapat bahan bacaan ini nanti,” katanya.

Ezoiklaporkan iklan ini


Sumber dipetik:
sinardaily[dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *