Rumah Mesra Rakyat : Panduan Permohonan ~ Mohon Sini Sekarang! | Info Bantuan

Kongsikan Artikel ini


Rumah Mesra Rakyat merupakan skim rumah mampu milik yang disediakan oleh kerajaan. Jika anda ingin merancang memiliki rumah yang selesa dengan harga yang berpatutan, anda boleh rujuk panduan permohonan melalui SPNB di bahagian ini.

SKIM RUMAH MESRA RAKYAT

Untuk makluman, program skim RMR ini telah diperkenalkan oleh kerajaan di bawah seliaan Syarikat Perumahan Negeri Berhad atau lebih sinonim dengan nama SPNB. Skim perumahan ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada orang ramai terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah.

Bagi mereka yang ingin memiliki rumah pertama, amat disyorkan untuk memohon Rumah Mesra Rakyat ini. Ini kerana perumahan yang lebih selesa dan harga yang berpatutan.


PELAN DAN KADAR HARGA RUMAH

Di bawah telah disediakan maklumat mengenai pelan dan kadar harga Rumah Mesra Rakyat di seluruh negara seperti berikut.

SEMENANJUNG MALAYSIA

  • Keluasan tanah – 1,000 KPS
  • Harga rumah – RM 75,000
  • Jumlah pinjaman – RM 55,000
  • Subsidi pembinaan – RM 20,000
  • Anggaran bayaran balik secara bulanan (16 tahun) – RM 300.

SARAWAK, SABAH DAN LABUAN

  • Keluasan tanah – 750 KPS
  • Harga rumah – RM 75,000 sehingga RM 106,500
  • Jumlah pinjaman – RM 55,000 hingga RM 86,000
  • Subsidi pembinaan – RM 20,000
  • Anggaran bayaran balik secara bulanan (16 tahun) – RM 300 hingga RM 470.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan permohonan Rumah Mesra Rakyat tahun ini telah ditetapkan, syarat-syarat yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:


  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada individu berumur 18 tahun dan keatas pada tahun permohonan
  • Pemohon atau pasangan mohon untuk rumah pertama
  • Pendapatan bulanan RM 3,000 dan kebawah
  • Keluasan tapak tanah melebihi daripada 3,600 KPS – Bergantuk reka bentuk rumah
  • Tapak tanah bersesuaian untuk dirikan rumah dan bebas dari gadaian ke atas
  • tanah
  • Sekiranya pemohon bukan pemilik tanah, perlu sediakan pengesahan kebenaran
  • daripada pemilik tanah.

PANDUAN PERMOHONAN RUMAH

  • Untuk permohonan, sila layari laman rasmi SPNBDI SINI
  • Sila log masuk ke dalam sistem RMR, gunakan alamat penuh email pendaftaran
  • anda sebagai ID Pengguna
  • Isi kata laluan yang diberikan pada email anda
  • Setelah log masuk berjaya, anda boleh lengkapkan borang permohonan pada
  • ruangan yang telah disediakan sehingga selesai
  • Bagi panduan lebih terperinci, pemohon boleh rujuk di manual pengguna RMR.

Peringatan, anda perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan bagi memudahkan proses permohonan. Sila rujuk di manual pengguna di portal rasmi SPNB.

MAKLUMAT LANJUT

Selain inisiatif skim Rumah Mesra Rakyat ini, terdapat pelbagai jenis kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan khususnya bantuan dalam bentuk wang tunai. Sekiranya anda terlepas, anda boleh menyemak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang anda layak dapatkan. Sila pergi ke halaman utama – KLIK DI SINI untuk rujukan semakan.






Sumber dipetik:
PortalMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *