Sarawak, Indonesia akan bekerjasama membangunkan empangan hidroelektrik di Nusantara – Abang Jo

Kongsikan Artikel ini


Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja - FILE PIX

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja – FILE PIX

KUCHING – Sarawak akan bekerjasama dengan Indonesia untuk membangunkan empangan hidroelektrik di Nusantara, ibu kota baharu Indonesia.

Perdana Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perkara itu masih diterokai bersama kerajaan Indonesia.

“(Kerjasama ini) membuktikan Sarawak berjaya mengembangkan pengaruh dan kerjasama dengan negara lain berdasarkan keyakinan terhadap dasar kita,” katanya ketika berucap pada malam penghargaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sempena pilihan raya umum ke-15 di sini malam ini .

Selain Indonesia, Abang Johari berkata Sarawak juga akan mengukuhkan kerjasama dengan negara jiran lain termasuk Brunei terutama dalam usaha menambah baik rangkaian jalan raya.

“Berhubung kerjasama dengan Singapura, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyokong usaha Sarawak untuk menjual elektrik kepada negara pulau itu,” katanya. – BERNAMA


Sumber dipetik:
sinardaily[dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *