Selepas 28 Tahun Terpisah, Akhirnya Lelaki Ini Bertemu Semula Dengan Ibu Kandungnya [Video]

Kongsikan Artikel ini


Terpisah daripada insan yang bergelar ibu atau bapa merupakan satu perkara yang memeritkan buat seorang anak.

Apatah lagi apabila anak itu terpaksa membesar tanpa insan istimewa tersebut berada di sisi mereka.

Oleh itu, apabila sudah dewasa pasti ada segelintir daripada mereka yang mengorak langkah untuk mencari insan tersayang ini agar mereka dapat bersatu semula.

28 tahun terpisah, lelaki akhirnya jumpa ibu semula

Perkara ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh seorang lelaki ini apabila dia berjaya menemui ibu kandungnya di Thailand selepas 28 tahun terpisah.

Menerusi video dikongsikan oleh Marwan Hariri, dia menunjukkan saat indah apabila insan istimewa itu sudah menunggu kehadirannya sebaik sahaja anaknya itu sampai di hadapan rumah.

Belum lagi sempat keluar dari kereta, Marwan menurunkan tingkap untuk menyapa ibunya.

Wanita berkenaan lalu memegang tangan, mencium dan memeluk anaknya seperti melepaskan rindu yang sudah lama ditahannya.

Ibu menangis peluk anak lelaki

Malah turut kelihatan ibu lelaki tersebut menangis ketika memeluk Marwan.

Sampai sahaja di perkarangan rumah, Marwan lalu turun dan membawa anak dan isterinya untuk diperkenalkan kepada ibu tersayang.

Dia juga turut berkesempatan berjumpa dengan adik perempuannya serta sanak saudara yang lain.

“Adik kandung sudah ada 4 orang anak.. kali terakhir jumpa ketika umur adik 3 tahun,” katanya.

Ceritakan bagaimana boleh terpisah dengan ibu

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Marwan turut menceritakan bagaimanakah dia boleh terpisah dengan ibu kandungnya itu.

Menurutnya terdapat dua versi cerita dan berdasarkan apa yang diberitahu oleh keluarga belah bapanya, ibu telah pergi ke Thailand untuk melahirkan adik perempuan Marwan.

Sejak pada hari itu, ibunya tidak pulang ke Malaysia dan dia kemudian tinggal dan membesar di bawah jagaan bapa, atuk dan nenek.

Melihat di ruangan komen, ramai yang tersentuh dengan pertemuan tersebut.

Ada juga menyifatkan Marwan beruntung kerana masih berpeluang bertemu dengan ibu tercinta.

“Terpisah di dunia masih ada peluang untuk memeluk jasadnya. Apabila berpisah alam.. rindu tiada berpenghujung”

“Saya nangis”

“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan”




Sumber dipetik:
Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *