Selepas 70 tahun dihukum mati polis minta maaf, namun keluarga tidak terima

Kongsikan Artikel ini


Selepas 70 tahun seorang lelaki telah dijatuhkan hukuman mati hakikatnya dia tidak bersalah hari ini polis tampil memohon maaf kerana tersalah hukum namun penderitaan yang dialami keluarga menyebabkan mereka tidak menerima permohonan maaf itu.

Penderitaan yang dahsyat ini akibat daripada kegagalan keadilan memaksa polis membuat permohonan maaf.

Mahmood Mattan, seorang bapa British Somalia kepada tiga anak, dihukum gantung pada usia 28 tahun pada September 1952 selepas dia disabitkan bersalah membunuh Lily Volpert di kedai pakaiannya di Cardiff.

Dia tetap memprotes bahawa dia tidak bersalah hingga ke akhirnya.

Bagaimanapun, pada 1998 selepas berkempen tanpa jemu oleh keluarganya, sabitan kesalahannya merupakan rujukan Suruhanjaya Semakan Kes Jenayah pertama yang dibatalkan di mahkamah rayuan.

Menurut laporan The Guardian, Ketua Konstabel Polis South Wales Jeremy Vaughan, berkata pada zaman itu perkauman berat sebelah dan prasangka berleluasa di seluruh masyarakat, termasuk sistem keadilan jenayah.

“Tidak syak lagi bahawa Mahmood Mattan adalah mangsa kegagalan keadilan akibat daripada pendakwaan yang cacat, yang mana kepolisan jelas merupakan sebahagian daripadanya,”kata beliau

Detektif dari polis bandar Cardiff, kini sebahagian daripada polis South Wales, menyiasat pembunuhan Volpert, 41, yang lehernya telah dikelar di kedai di kawasan dok pada Mac 1952.

Vaughan berkata polis wajar membuat permohonan maakf bagi pihak polis atas apa yang berlaku sangat salah dalam kes ini 70 tahun lalu dan untuk penderitaan dahsyat keluarga Encik Mattan dan semua yang terjejas oleh tragedi ini selama bertahun-tahun.

“Malah sehingga hari ini, kami masih bekerja keras untuk memastikan perkauman dan prasangka dihapuskan daripada masyarakat dan kepolisan.”

Isteri Mattan, Laura, dan tiga anak lelaki mereka David, Omar dan Mervyn, juga dikenali sebagai Eddie, berkempen selama 46 tahun untuk namanya dibersihkan tetapi semuanya telah meninggal dunia.

Cucu Mattan, memberitahu BBC bahawa permohonan maaf itu “terlalu terlambat untuk orang yang terjejas secara langsung kerana mereka tidak lagi bersama mereka apatah lagi masih belum mendengar kata-kata minta maaf.

Mattan, bekas pelaut yang berasal dari Hargeisa yang pada masa itu dikenali sebagai British Somaliland, telah ditangkap dalam beberapa jam selepas pembunuhan Volpert.

Dia didakwa dan disabitkan kesalahan oleh juri berkulit putih dalam perbicaraan tiga hari di Swansea.

Ini berlaku walaupun tiada bukti forensik dan Mattan mempunyai alibinya disokong oleh saksi.

Mattan bercakap sedikit bahasa Inggeris dan semasa perbicaraan peguam belanya sendiri menggelarnya sebagai “biadab separuh bertamadun”.

Pada tahun 2001 keluarga Mattan menerima pampasan daripada Pejabat Dalam Negeri tetapi tidak menerima permohonan maaf daripada polis sehingga kini.

Baca juga: OPR naik lagi! Apa yang patut dilakukan pemilik rumah sewa? Lelaki ini kongsi ‘tips win-win situation’

Baca juga: Masuk pertandingan suka-suka sahaja, Ifa Raziah tak hadap pun RM100 ribu

[DTV] FIRST LADY DARI NERAKA



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *