Selesaikan masalah kos sara hidup, antara isu perlu dislesaikan

pru15
Kongsikan Artikel ini
SHAH ALAM – Kenaikan kos sara hidup dan harga barang menjadi isu terpenting yang perlu diselesaikan oleh pemimpin negara.

Menurut tinjauan yang dijalankan oleh O2 Malaysia (O2) terhadap 1,105 responden, 88.1 peratus pengundi Melayu berharap kerajaan masa depan dapat menyelesaikan isu tersebut.

Juga didapati 79.5 peratus pengundi Melayu mahu kerajaan baharu menumpukan perhatian kepada penyelesaian isu peluang pekerjaan serta kadar gaji.

Selain itu, pengundi juga mengharapkan kestabilan politik (71.2 peratus) dan pendidikan (68 peratus) dipertingkatkan.

Kajian yang melibatkan responden pelbagai kaum di bandar dan luar bandar di seluruh negara juga mendapati 64.3 peratus pengundi Melayu mahukan kadar mata wang dan isu hutang negara diberi perhatian.

Sementara itu, 62.8 peratus pengundi berharap kerajaan mengutamakan menyelesaikan isu berkaitan kesihatan di negara ini serta perumahan (57.5 peratus).

Berdasarkan tinjauan, 52.2 peratus dan 49.3 peratus pengundi Melayu masing-masing mahu isu infrastruktur awam dan perhubungan kaum diselesaikan.

Selain itu, 48.3 peratus responden mahu kerajaan baharu menumpukan kepada isu keselamatan domestik dan rentas sempadan manakala 48.9 peratus mahu kerajaan yang boleh mencari penyelesaian kepada isu reformasi institusi dan tadbir urus.

Mengenai isu sosial dan keganasan rumah tangga (44.5 peratus) serta perubahan iklim (38.8 peratus), responden berharap kerajaan akan meneliti isu tersebut dan mencari jalan untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Sementara itu, 30.7 peratus pengundi Melayu mahukan kebebasan dan hak asasi diselesaikan kerajaan dan 29.1 peratus mahu isu hubungan diplomatik antarabangsa diutamakan.

sinardaily[dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *