Berita gembira buat penerima Bantuan Am Persekolahan Baitulmal MAIWP, Bantuan Kasih Asnaf Back to School boleh mula ditebus tidak lama lagi melalui aplikasi Boost.
Melalui bantuan ini, dapat meringankan keluarga dalam menyediakan persiapan persekolahan anak-anak bagi sesi persekolahan akan datang
Apa itu Kasih Asnaf Back to School?
MAIWP Kasih Asnaf Back To School adalah bantuan persekolahan yang diperkenalkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada mereka yang layak untuk membeli barangan keperluan persekolahan kepada anak-anak.
MAIWP pada tahun ini telah memudahkan proses pengagihan bantuan pakaian dan peralatan persekolahan bagi sesi 2023. Para penerima boleh membeli pakaian dan peralatan sekolah di kedai terpilih melalui aplikasi Boost dengan menggunakan Dompet MAIWP.
Untuk makluman, Boost adalah aplikasi dompet mudah alih yang bertujuan untuk merevolusikan cara anda berurusan di dunia semakin digital dan mudah alih hari ini. Dengan aplikasi Boost, anda boleh membayar menggunakan telefon bimbit anda tanpa kerumitan menggunakan tunai fizikal.
Siapa Penerima Bantuan Kasih Asnaf Back to School?
Mereka yang menerima bantuan ini adalah penerima Bantuan Am Persekolahan Baitulmal MAIWP yang lulus melalui semakan yang dibuat di portal MAIWP
Semakan Status Bantuan Peralatan Sekolah MAIWP
Status bantuan boleh di semak di laman portal MAIWP melalui pautan berikut;

Sekiranya anak anda tersenarai sebagai penerima Bantuan Peralatan Persekolahan ini, pastikan nombor telefon yang didaftarkan sama dengan yang tertera dalam link semakan di atas.
Sekiranya sama, pastikan nombor tersebut masih berfungsi. Anda hanya perlu menunggu wang bantuan dikreditkan ke akaun tersebut dan boleh mula ‘shopping’ di pasaraya yang terpilih.
Tarikh Penebusan dan Pengkreditan Bantuan
Penebusan dan pengkreditan bantuan kelengkapan persekolahan akan bermula pada 14 FEBRUARI 2023 dan secara berperingkat.
Tarikh Akhir Pembelian
- Labuan : 24 Mac 2023
- Kuala Lumpur & Putrajaya : 31 Mac 2023
Muat Turun Aplikasi Boost
Penerima yang kayak perlu Muat turun Aplikasi Boost bagi tujuan proses pengagihan bantuan pakaian dan peralatan persekolahan.
Muat turun boleh dibuat menerusi Apple AppStore atau Google Playstore atau Huawei App Gallery mengikut kesesuaian spesifikasi telefon bimbit masing-masing.
Panduan muat turun aplikasi dan daftar akaun Boost boleh rujuk melalui pautan berikut;
https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/kasih-asnaf-bts-2023-muat-turun-aplikasi-boost/
Senarai barangan yang boleh ditebus oleh pelajar
Senarai barangan yang boleh ditebus adalah berbeza mengikut jantina dan jenis/tahap sekolah murid masing-masing.
Terdapat 2 jenis barangan yang boleh ditebus iaitu;
- Barangan wajib
- Barangan pilihan
Barangan wajib meliputi keperluan asas murid seperti baju sekolah, seluar atau kain sekolah, tudung sekolah (perempuan), kasut, stoking dan beg sekolah.
Manakala barangan pilihan adalah seperti T-Shirt putih / singlet, seluar track, uniform dan peralatan kokurikulum, alat tulis, tali pinggang dan kasut sukan.
Sila lihat pautan berikut untuk mengetahui jenis barang yang boleh ditebus mengikut jantina dan tahap sekolah;
https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/kasih-asnaf-bts-2023-senarai-barangan-wajib/
Senarai Pasaraya Terpilih
Terdapat 39 pasaraya terpilih untuk para pelajar membuat penebusan bagi bantuan bagi bantuan pakaian dan peralatan persekolahan Baitulmal MAIWP Tahun 2023.
Pecahan 39 pasaraya ini boleh berdasarkan lokasi parlimen masing-masing di kawasan berikut;
- Parlimen Kepong
- Parlimen Batu
- Parlimen Wangsa Waju
- Parlimen Setiawangsa
- Parlimen Titiwangsa
- Parlimen Bukit Bintang
- Parlimen Lembah Pantai
- Parlimen Seputeh
- Parlimen Cheras
- Parlimen Bandar Tun Razak
- Parlimen Putrajaya
- Parlimen Labuan
Senarai penuh dan lokasi pasaraya bagi tuntutan bantuan, sila lihat melalui pautan berikut;
https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/kasih-asnaf-bts-2023-senarai-pasaraya-terpilih/
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut mengenai program ini, sila hubungi melalui email berikut;
Soalan Lazim (FAQ)
MAIWP Kasih Asnaf Back To School adalah bantuan persekolahan yang diperkenalkan MAIWP kepada mereka yang layak untuk membeli barangan keperluan persekolahan kepada anak-anak.
Penerima Bantuan Am Persekolahan Baitulmal MAIWP yang lulus melalui semakan yang dibuat di portal MAIWP
Mulai 14 Februari 2023 secara berperingkat.
– Labuan : 24 Mac 2023
– Kuala Lumpur & Putrajaya : 31 Mac 2023