Sistem eOperasi KPM login 2023. Kemaskini dan semakan status cara pengisian e-operasi pbppp pengurusan guru/ bukan guru secara online & manual.
Pengisian e Operasi merupakan salah satu antara 3 Modul Pengurusan Guru yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diselia di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
Selain daripada sistem apdm login semakan kehadiran murid dan splkpm login, sistem pengorerasi data e-operasi telah dibangunkan untuk memudahkan pengurusan guru dan bukan guru.
EOperasi Moe Gov My PBPPP
Modul pengurusan e-Operasi melibatkan pengurusan data-data berkaitan guru dan bukan guru yang di dalam kategori seperti:
- Pentadbir Portal E-Operasi (pegawai pengurusan peringkat Negeri, Daerah, Zon dan Sekolah)
- Pengguna Portal eoperasi Malaysia (guru dan bukan guru)
Kemaskini eOperasi 2023
Berikut diajarkan tutorial untuk eOperasi login dengan betul dan tertib.
Tutorial ini khas buat pengguna utama portal eoperasi iaitu pentadbir sistem dan pengguna (guru dan bukan guru).
Pengguna
ID yang telah didaftar dengan Pentabir Sistem sahaja dibolehkan untuk login modul portal e-operasi ini.
Pentadbir Sistem
Pentadbir sistem adalah mereka yang dilantik secara rasmi oleh pihak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)
E-
Pendaftaran Pengguna
Bagi mereka yang mahu login eoperasi guru buat kali pertama, anda perlu membuat pendaftaran sebagai pengguna baru di laman web.
- Pergi ke Portal Rasmi dan klik “Pendaftaran Pengguna” disini https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm
- Pengguna pertama kali perlu isi maklumat diatas dengan betul dan tepat terutamanya Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel.
- Kemudian masukkan kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu ditulis supaya lebih mudah untuk ingat
- Lepastu tekan butang SIMPAN untuk terus proses pendaftaran.
- Kemudian anda boleh terus ke ruangan LOG MASUK sistem eOperasi menggunakan butiran login anda tadi.
- Setelah berjaya masuk login portal, semak butiran anda seperti nama, no kp dan lain-lain dan pastikan ianya betul.
Bagi mereka yang perlukan panduan manual pengguna boleh download seperti dalam gambar dibawah. Seandainya terdapat maklumat tidak tepat, anda perlulah memaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk kemaskini.

E OPerasi Kenaikan Pangkat
Semakan keputusan kenaikan pangkat boleh dibuat di laman rasmi ePangkat di sini https://epangkat.moe.gov.my/login.php
- Masukkan IC & kata laluan
- Pergi ke modul iklan dan klik Status Permohona Kenaikan Pangkat
- Urusan naik pangkat adalah berdasarkan Time-Based Berasaskan Kecemerlangan yang dilaksanakan secara berperingkat.
FAQ Soalam Lazim
Kenapa tak boleh buka e-operasi KPM?
Kemungkinan portal rasmi tersebut sedang menerima trafik pelawat yang sangat banyak sekaligus. Anda disarankan login pada waktu yang lain.
Macam mana cara nak tukar kata laluan eoperasi?
Untuk tukar password, sila ke laman rasmi dan klik pada Tukar Kata Laluan. Masukkan no Kad Pengenalan & iku semua arahan yang diberikan.
Apa perlu dibuat jika e operasi saya digodam?
Jika digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, jangan panik dan sila laporkan kepada KPM secepat mungkin.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah mengenai eoperasi spp anda boleh terus hubungi Pentadbir Sistem melalui emel [email protected].
Pastikan anda share artikel E Operasi KPM ini kepada rakan-rakan guru anda yang lain. Semoga bermanfaat.
Sumber dipetik:
PortalMalaysia