[KENYATAAN MEDIA] KEPUTUSAN PERMOHONAN BAGI KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI (KK) DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) SESI AKADEMIK 2023/2024 BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SERTA RAYUAN UPU – SEMAKAN MELALUI UPUONLINE
Dimaklumkan bahawa tarikh semakan keputusan UPUOnline lepasan SPM dan setaraf bagi sesi 2023/ 2024 adalah mulai 7 Julai 2023 (12.00 tengah hari), iaitu hari Jumaat.
Sila rujuk butiran di bawah untuk maklumat selanjutnya.
Tarikh Semakan Keputusan Rayuan UPU Online 2023
HEBAHAN KEPUTUSAN RAYUAN UPUONLINE
LEPASAN STPM | SESI AKADEMIK 2023/2024
[PEMAKLUMAN] Semakan keputusan permohonan UPUOnline® bagi lepasan STPM / Setaraf sesi akademik 2023/2024 boleh dibuat mulai 7 September 2023 jam 12.00 tengah hari.
Semakan melalui aplikasi UPUPocket atau di pautan seperti berikut:
i) https://jpt.utm.my
ii) https://jpt.uum.edu.my
iii) https://jpt.unimas.my
iv) https://jpt.ums.edu.my
v) http://jpt.umt.edu.my
Tempoh setuju terima tawaran bermula 8 hingga 16 September 2023. Tawaran adalah MUKTAMAD.

SEMAK MELALUI APLIKASI UPUPOCKET BOLEH DIMUAT TURUN DI GOOGLE PLAY, APPSTORE & APPGALLERY
Baca juga: Malaysia Bakal Perkenal Cuti Haid? Ini Yang Perlu Anda Tahu
Tempoh Setuju Terima Tawaran
Bagi calon yang mendapat keputusan berjaya, sila kemukakan akuan setuju terima tawaran dalam tempoh berikut:
8 hingga 11 Ogos 2023
LANGKAH MEMBUAT SEMAKAN & PENGESAHAN SETUJU TERIMA TAWARAN
- Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan di bawah.
- Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
- Log masuk seperti biasa.
- Semak keputusan rayuan yang tertera.
- Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran mulai 8 hingga 11 Ogos 2023
Pautan Semakan UPU Online
SEMAKAN UPUONLINE BOLEH DIBUAT DI URL BERIKUT:
NOTA: TAWARAN UPUONLINE TIDAK TERJEJAS WALAUPUN CALON TELAH MENDAPAT TAWARAN ATAU TELAH MENDAFTAR DENGAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI LAIN SEPERTI IPTS, MATRIKULASI, IPGM DAN LAIN LAIN.

Rayuan UPUOnline
Permohonan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2023/2024
Hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 7 Julai 2023, jam 12.00 tengah hari sehingga 16 Julai 2023, jam 5.00 petang.
Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline® .
Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2023/2024 adalah MUKTAMAD dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA tidak dibenarkan.
Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.
Sebarang pertanyaaan berkenaan UPUOnline® boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) secara terus melalui:
No tel : 03 – 8684 2363
Emel : [email protected]
Sistem Maklum Balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
UPUChat : http://upu-chat.ml/UPUChat/

Tarikh-tarikh Penting
Berikuat dikongsikan tarikh-tarikh penting kemasukan pelajar:

*Tertakluk pada sebarang pindaan oleh UPU
https://upu.mohe.gov.my/
Maklumat Lanjut Berkaitan Semakan UPUOnline 2023
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Baca juga: MySalam: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan