Semakan Status STR 2023 login MySTR bantuantunai.hasil.gov.my

Kongsikan Artikel ini


Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh membuat semakan status kelulusan melalui portal baharu MySTR yang dibangunkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

STR 2023 merupakan program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Sebelum ini, bantuan ini diberi nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021), Bantuan Khas Covid19 (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

Cara Semakan Status STR 2023 Fasa 1

Semakan status STR fasa 1 boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui kaedah berikut;

  1. Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
  3. Menghubungi LHDM
  4. Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Cara Semakan Status STR 2023 Fasa 1

Cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Tekan log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
  • Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
  • Masukkan kata laluan
  • Klik menu semakan pembayaran fasa 1
  • Klik maklumat pembayaran
Cara semakan status pembayaran fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023

Sekiranya layak STR fasa 1, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;

  1. Tarikh Kredit
  2. No.Pengenalan Akaun Dikredit
  3. Nama Fasa
  4. Jumlah Dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. No Akaun
  8. Kod Tidak Berjaya
  9. Tarikh Tunai
Layak atau lulus STR Fasa 1

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login

Untuk makluman, kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.

Sekiranya terlupa password MySTR, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut;

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022;
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
    • Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
    • Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu
  2. Tidak mempunyai e-mel /e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
    • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.

Untuk makuman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat. 

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM. 

Surat Bayaran Penerima STR

Penerima yang layak, akan menerima notis melalui surat Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 yang boleh disemak melalui portal MySTR.

Cara-caranya dalah sebagaimana berikut;

  1. Log masuk MySTR melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/ 
  2. Klik pada icon (simbol) surat 
  3. Klik Surat
  4. Klik Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1

Anda akan di paparkan surat bayaran penerima STR seperti contoh di bawah;

Surat Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1

Kelayakan Penerima STR Fasa 1

Penerima STR yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022. 

Tarikh Pembayaran Fasa 1 STR

Tarikh Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) Fasa 1

Untuk fasa 1, tarikh pembayaran fasa 1 telahpun dibuat mulai 17 Januari yang lalu secara berperingkat. 

Mereka yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran secara berperingkat (Dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022) 

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat di seluruh Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari juga

Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN. Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. 

Jumlah dan Kadar Bayaran STR Fasa 1

Bagi pembayaran STR fasa 1, penerima yang lulus akan menerima bayaran sebanyak antara RM100 hingga RM300.

Jumlah ini berbeza berdasarkan kelayakan setiap penerima yang merangkumi isi rumah, warga emas (bujang/tiada pasangan) dan individu bujang.

Bagi fasa 1 kadar pembayaran adalah sebagaimana berikut;

  • Isi Rumah Kahwin: RM300
  • Isi Rumah Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak: RM300 
  • Warga Emas Tiada Pasangan: RM100
  • Bujang: RM100

Jadual pembayaran daripada infografik LHDNM ini menerangkan dengan lebih jelas kadar pembayaran fasa 1;

Kategori dan Amaun Pembayaran Fasa 1 STR

Cara Bayaran

Pembayaran STR Fasa 1 berdasarkan kaedah pembayaran terakhir BKM 2022 seperti berikut:

  1. Kredit ke akaun bank
    Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat.
  2. Tunai di Kaunter BSN

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:

  • Pembayaran terakhir BKM 2022 adalah secara tunai 
  • Status pengkreditan gagal kredit
  • Tiada maklumat akaun bank.

Sumber: Laman Portal MySTR

FAQ (Soalan Lazim) Semakan Status STR 2023

Bagaimana Cara Semakan Status STR?

1. Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2. Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
3. Menghubungi LHDM
4. Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia)
5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran

Bilakah Tarikh Bayaran STR Fasa 1?

Mulai 17 Januari 2023

Bilakah Tarikh Bayaran Secara Tunai Untuk Yang Tiada Akaun Bank?

17 Januari 2023

Siapakah yang layak menerima pembayaran pada STR Fasa 1?

Penerima STR yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022. 

Adakah saya perlu mengemaskini permohonan STR terlebih dahulu sebelum menerima pembayaran Fasa 1?

Tidak. Pembayaran STR Fasa 1 adalah berdasarkan data Lulus BKM 2022

 



Sumber dipetik: Bantuan Rakyat]dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *