Semakan Tawaran Tingkatan 6 Online 2023 & Rayuan

Kongsikan Artikel ini


SEMAKAN TAWARAN TINGKATAN 6 TAHUN 2023 & RAYUAN

Setiap tahun, Kementerian Pendidikan (KPM) akan memaklumkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 untuk membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2023.

Semakan boleh dibuat melalui aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam secara atas talian atau menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kemasukan Tingkatan 6 sesi 2023/2024 bagi pelajar lepasan SPM 2022.

permohonan tingkatan 6

Tarikh Tawaran & Permohonan

Bagi tahun 2023, tawaran kemasukan murid Tingkatan 6 bagi sekolah harian akan diumumkan pada 3 Julai 2023.

Semakan boleh dibuat secara online atau secara manual melalui sekolah asal masing-masing.

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak KPM melalui sebuah kenyataan media rasmi bertarikh 27 Jun 2023.

Pada 10 Jun 2023, Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 SBP – KISAS & SMAP LABU yang telah diumumkan oleh KPM.

Maka, para pelajar dan ibu bapa boleh membuat persediaan pada tarikh tersebut untuk membuat permohonan bagi tahun 2023.

Terdapat beberapa kaedah semakan tawaran Tingkatan 6.

Ikuti langkah berikut bagi membuat semakan tawaran Tingkatan 6 selengkapnya.

Cara Membuat Semakan Tawaran Tingkatan 6 Secara Online Melalui Laman Web KPM

  1. Layari portal Kementerian Pendidikan Malaysia di https://sst6.moe.gov.my/
  2. Isikan nombor kad pengenalan
  3. Klik butang semakan
  4. Keputusan anda akan dipaparkan
  5. Cetak keputusan untuk digunakan semasa melapor diri
semakan tawaran tingkatan 6

Cara Membuat Semakan Tawaran Tingkatan 6 Melalui SMS

Untuk membuat semakan tawaran Tingkatan 6 melalui SMS, sila taipkan maklumat berikut:

  • MOE<jarak>T6<jarak>ANGKA GILIRAN

SMSkan maklumat tersebut ke 15888

*Contoh penghantaran mesej : MOE T6 AAA11A123

Jika tak ingat nombor giliran, anda boleh taipkan nombor kad pengenalan seperti berikut:

  • MOE<jarak>T6<jarak> NO KAD PENGENALAN

SMSkan maklumat tersebut ke 15888

*Contoh penghantaran mesej : MOE T6 771107237727

Maklumat Lapor Diri

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan.

Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, PERLU MELAPOR DIRI di sekolah yang ditetapkan.

Tarikh lapor diri adalah 16 Julai bagi murid Kumpulan A, manakala 17 Julai bagi murid Kumpulan B.

Baca juga : myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User

Cara Membuat Permohonan Rayuan Ke Tingkatan 6 Tahun 2023

Calon Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Teknik yang tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023 boleh membuat rayuan secara dalam talian di portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (https://sst6.moe.gov.my/) pada tarikh yang akan diumumkan, iaitu mulai 3 hingga 17 Julai 2023.

Calon boleh membuat rayuan melalui langkah ini:

  1. Cetak borang rayuan tawaran Tingkatan 6 yang berkenaan melalui pautan berikut: https://sst6.moe.gov.my/upload_file/S3_BORANG%20DAN%20PANDUAN%20MENGISI%20BORANG%20RAYUAN.pdf
  2. Semak senarai dokumen yang diperlukan.
  3. Hantar borang yang telah diisi bersama dokumen yang telah disahkan.
  4. Semakan keputusan rayuan boleh dibuat menerusi portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (https://sst6.moe.gov.my/) bermula pada tarikh yang diumumkan.

RUJUK MANUAL PENUH : https://sst6.moe.gov.my/upload_file/S3_BORANG%20DAN%20PANDUAN%20MENGISI%20BORANG%20RAYUAN.pdf

Tarikh Rayuan & Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6

Tarikh permohonan rayuan bagi kemasukan tahun 2023 adalah:

  • Mula : 3 Julai 2023
  • Akhir : 17 Julai 2023

Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 24 Julai melalui portal https://sst6.moe.gov.my/.

Tarikh lapor diri bagi ambilan rayuan adalah pada 25 Julai 2023.

Tarikh Lapor Diri

Tarikh rasmi lapor diri akan dimaklumkan oleh pihak KPM setelah permohonan dibuka.

Murid yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri sekitar bulan Julai di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran.

Bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah sekitar bulan Ogos.

Cara Membuat Pertukaran Bidang

Setelah membuat semakan tawaran Tingkatan 6 dan berjaya, murid yang hendak membuat rayuan tukar bidang Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023 boleh melakukan langkah berikut:

  • Calon yang layak dikehendaki untuk mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu.
  • Kemudian, calon perlu melengkapkan Borang Permohonan
  • Rayuan Tukar Bidang Tingkatan Enam (T6BRTJ) yang boleh dimuat turun daripada portal https://sst6.moe.gov.my/.
  • Selepas lengkap diisi, semua borang mesti mendapat pengesahan pengetua sekolah yang asal.
  • Alasan yang diberikan untuk bertukar bidang perlu kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa Rayuan.
  • Hantar borang T6BRTJ yang telah lengkap ke JPN/PPD
  • melalui sekolah masing-masing.
  • Borang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti yang berikut: Keputusan Peperiksaan SPM 2021; Inventori Minat Kerjaya; dan Dokumen yang berkaitan.

Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah
tertakluk kepada kekosongan tempat di Kolej Tingkatan Enam/Pusat Tingkatan Enam.

*Muat turun dan cetak Borang T6BRTJ.

Kelulusan permohonan ini juga bergantung pada kekosongan tempat belajar.

Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh JPN kepada semua calon melalui Pusat Tingkatan Enam masing-masing.

Baca juga : Login APDM KPM: Manual Aplikasi Pangkalan Data Murid Online

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, layari portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di https://sst6.moe.gov.my/

Alamat BPSH & No Telefon :

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

No. Telefon : 03-8884 9370
No. Fax : 03-8888 6671

Untuk maklumat lanjut tentang kemasukan Tingkatan 6 dan semakan, sila klik artikel berikut : Tingkatan 6: Syarat Kelayakan, Senarai Kolej, Subjek & Permohonan



Sumber dipetik eCentral[dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *