Senarai Penerima Dan Jumlah Bantuan Khas Kewangan Yang Dibayar Pada Bulan Ini Dan Tahun Depan !! | Info Bantuan

Kongsikan Artikel ini



Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan khas telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Mohon juga : RASMI : Bantuan Kewangan Sebanyak RM2,500 Akan Dibayar Pada Tahun Hadapan ! Semak Sini !

Semak juga : BKM Tambahan RM500 : Semak Kategori Yang Layak ~ Semak Sini !

Baca juga : Senarai Inisiatif Bantuan Belanjawan Negeri Selangor 2023 ~ Bantuan Yang Boleh Dimohon Rakyat

Antaranya ialah Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri masing-masing kepada mereka yang layak.

Berikut adalah senarai BKK dan jumlah yang perlu diberikan:-


Bantuan Kewangan Khas Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membuat bayaran Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji atau minimum RM1,200 kepada semua penjawat awam Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Bayaran bantuan ini akan dibuat pada Disember 2022.

Bantuan Khas Kewangan Kedah

Seperti yang diumumkan di bawah Belanjawan Negeri Kedah 2023, Kerajaan Negeri bersetuju memberikan insentif bantuan kewangan khas sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam dan anggota pentadbiran Kerajaan Negeri.

Sama seperti Pulau Pinang, bantuan ini dibayar pada Disember 2022.


Bantuan Khas Kewangan Negeri Sembilan

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada 25 November lalu mengumumkan pemberian BK sebulan setengah gaji atau minimum RM2,500 kepada 5,599 penjawat awam di negeri ini.

Bonus ini akan dibayar dua kali iaitu pada awal Januari dan minggu pertama April 2023.

Bantuan Khas Kewangan Selangor

Bagi negeri Selangor, semua ahli yang berkelayakan dan berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan negeri layak menerima BKK sebanyak dua setengah bulan gaji. Mereka termasuk anggota perkhidmatan yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan pada 2022.


Bantuan Kewangan Khas Terengganu

Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian bonus RM900 kepada semua penjawat awam di negeri itu. Pembayaran akan dibuat pada Januari tahun hadapan (2023).

Bantuan Khas Kewangan Kelantan

BKK sebanyak RM1,500 akan diberikan kepada penjawat awam di negeri ini membabitkan peruntukan RM13 juta. Bantuan itu akan disalurkan pada Januari tahun depan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan pengorbanan mereka.





Sumber dipetik:
PortalMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *