DAP atau Democratic Action Party/ parti Tindakan Demokratik adalah anggota komponen gabungan parti politik yang membentuk Pakatan Harapan.
Di bawah simbol roket, DAP telah bertanding dalam 12 pilihanraya umum (PRU) sejak tahun 1969 sehingga tahun 2018 (kecuali dalam PRU ke-14 di mana DAP bersama semua komponen Pakatan Harapan menggunakan logo Keadilan sebagai simbol bersama)
DAP juga pernah menjadi anggota Kerajaan Persekutuan yang dipilih oleh rakyat untuk mengambil alih kuasa dalam pilihan raya umum pada 9 Mei 2018.
Namun, kerajaan Pakatan Harapan tumbang selepas 22 bulan mentadbir.
Kini, DAP kembali mempertaruhkan calon-calon untuk menghadapi pilihanraya ke-15 yang bakal menjelma tak lama lagi.
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Parti DAP.

Baca Juga : Parti AMANAH Negara : Senarai Penuh Calon PRU15
Prinsip & Matlamat DAP
Parti DAP memegang prinsip perjuangan demokrasi, keadilan, kedaulatan undang-undang, peluang saksama, keadilan sosial, hak asasi, pentadbiran baik dan kebebasan.
DAP turut menanam matlamat-matlamat seperti berikut :
- Menubuhkan konsep demokrasi yang berlandaskan nilai demokrasi sosial di Malaysia menerusi perjuangan sistem parlimen berperlembagaan;
- Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia;
- Memupuk integrasi kebangsaan dengan Sabah dan Sarawak, mengiktiraf hak-hak istimewa kedua-dua negeri tersebut serta memupuk semangat kabangsaan dan perpaduan di antara semua kaum bagi melahirkan identiti bersama rakyat Malaysia yang bersatupadu;
- Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi;
- Mempertahankan dan menjunjung kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan menjamin kewajipan dan hak untuk mempertingkatkan status, memperkembangkan, mempelajari dan menggunakan bahasa-bahasa ibunda yang lain, termasuk Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asal;
- Menjadikan integriti, etika, keprihatinan sebagai nilainilai moral yang utama bagi mewujudkan ketelusan dan sebagai pendekatan yang liberal, saling menghormati dan pemahaman di antara tradisi kebudayaan dan kepercayaan agama yang berbeza;
- Memperkembangkan, mempertahankan dan melindungi kedaulatan dan integriti Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka;
- Menjadikan ASEAN sebagai komuniti yang berlandaskan pemerintahan baik, demokrasi dan menghormati hak asasi manusia dan juga sebagai rantau yang bebas daripada nuclear, serta aman, babas dan berkecuali;
- Memupuk, memperkembangkan serta memperluaskan demokrasi pada semua peringkat, terutamanya memulihkan pilihan raya tempatan, memperkasakan kuasa rakyat dari segi bentuk dan isi kandungannya dan mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan berlandaskan prinsip-prinsip kesaksamaan, kebebasan, keadilan dan proses pilihan raya yang bebas dan juga kebebasan akhbar;
- Memberi peluang yang saksama dan mengagihkan kekayaan ekonomi kepada semua rakyat berdasarkan penciptaan nilai-nilai dalam pasaran yang bersaing dan tata ekonomi yang menegaskan penciptaan kekayaan dan pengagihan kekayaan yang saksama;
- Berjanji untuk mempertingkatkan taraf pendidikan berdasarkan hanya kepada merit dan keperluan, serta memberikan akses penuh dan peluang yang sama kepada pendidikan peringkat awal, peringkat menengah dan peringkat tinggi, terutamanya sektor-sektor teknologi maklumat yang mengutamakan ilmu;
- Melindungi hak-hak pekerja dan kesatuan sekerja di bawah kerangka hak untuk bekerja, pembayaran gaji yang adil dan berpatutan kepada pekerja dan mempertahankan gaji sebenar mereka demi menjamin kesejahteraan hidup dan taraf kehidupan yang berpatutan kepada semua;
- Menghapuskan segala bentuk diskriminasi jantina terhadap wanita dalam bidang perkerjaan, pendidikan dan kesihatan;
- Memperkasakan remaja dengan memberikan meraka pilihan dan peluang untuk berkuasa sementara mempertingkatkan kesedaran mereka terhadap kewajipan
dan tanggungjawab; - Menegakkan keadilan dan menjaga keamanan semua rakyat dengan menghormati kedaulatan undang-undang, mewujudkan serta menjamin penjiranan dan komuniti yang selamat dan terjamin;
- Menginstitusikan akauntabiliti dan ketelusan yang bertujuan memerangi rasuah dan penyelewengan dalam pengurusan kewangan, dan juga mewujudkan nilai-nilai integriti dan amanah dalam pentadbiran kerajaan;
- Mewujudkan perkhidmatan kesihatan awam yang mampu dibiayai oleh semua, mudah dinikmati dan bertanggungjawab yang menjamin keperluan golongan yang sakit, kurang berupaya dan berusia; dan
- Menghalang kemerosotan dan pemusnahan alam sekitar demi memelihara pusaka warisan semula jadi yang bersih, sihat dan selamat.

Senarai Penuh Calon DAP Untuk PRU 15

Berikut adalah senarai calon DAP yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen pada PRU15 :
KEDAH
P012 Jerai: Zulhazmi bin Shariff
PULAU PINANG
- P043 Bagan : Lim Guan Eng
- P045 Bukit Mertajam: Sim Chee Keong
- P046 Batu Kawan: Chow Kon Yeow
- P048 Bukit Bendera : Syerleena binti Abdul Rashid
- P049 Tanjong: Lim Hui Ying
- P050 Jelutong: Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji
- P051 Bukit Gelugor: Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh
PERAK
- P054 Gerik: Ahmad Tarmizi Bin Mohd Jam
- P060 Taiping: Wong Kah Woh
- P064 Ipoh Timur: Howard Lee Chuan How
- P065 Ipoh Barat: M. Kulasegaran A/L V. Murugeson
- P066 Batu Gajah: Sivakumar A/L Varatharaju Naidu
- P068 Beruas: Ngeh Koo Ham
- P070 Kampar: Chong Zhemin
- P076 Teluk Intan: Nga Kor Ming
PAHANG
- P078 Cameron Highlands: Chiong Yoke Kong
- P079 Lipis :Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji
- P080 Raub : Chow Yu Hui
- P089 Bentong : Young Syefura binti Othman
SELANGOR
- P102 Bangi: Syahredzan bin Johan
- P103 Puchong : Yeo Bee Yin
- P106 Damansara : Gobind Singh Deo
- P110 Klang : Ganabatirau a/l Veraman
WILAYAH PERSEKUTUAN
- P114 Kepong : Lim Lip Eng
- P117 Segambut : Hannah Yeoh Tseow Suan
- P120 Bukit Bintang : Fong Kui Lun
- P122 Seputeh : Teresa Kok Suh Sim
- P123 Cheras : Tan Kok Wai
NEGERI SEMBILAN
- P128 Seremban : Loke Siew Fook
- P130 Rasah : Cha Kee Chin
MELAKA
P138 Kota Melaka : Khoo Poay Tiong
JOHOR
- P142 Labis: Pang Hok Liong
- P145 Bakri: Tan Hong Pin
- P148 Ayer Hitam: Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali
- P152 Kluang: Wong Shu Qi
- P154 Mersing : Fatin Zulaikha bt Zaidi
- P162 Iskandar Puteri: Liew Chin Tong
- P163 Kulai: Teo Nie Ching
- P164 Pontian: Shazwan bin Zdainal Abidin
SABAH
- P172 Kota Kinabalu : Chan Foong Hin
- P175 Papar : Henry Shim Chee On
- P180 Keningau: Grelydia Gillod
- P181 Tenom : Noorita binti Sual
- P185 Batu Sapi : Liau Fui Fui
- P186 Sandakan : Vivian Wong Shir Yee
- P188 Lahad Datu: Sia Yu Hock
SARAWAK
- P192 Mas Gading : Mordi Anak Bimol
- P195 Bandar Kuching : Kelvin Yii Lee Wuen
- P196 Stampin : Chong Chieng Jen
- P199 Serian: Learry Anak Jabul
- P208 Sarikei : Roderick Wong Siew Lead
- P211 Lanang : Alice Lau King Yieng
- P212 Sibu : Oscar Ling Chai Yew
- P217 Bintulu : Chiew Chan Yew
Majlis Tertinggi DAP
National Chairman
Lim Guan Eng
Deputy Chairman
Gobind Singh Deo
Vice Chairman
- Chong Chieng Jen
- Chow Kon Yeow
- M.Kulasegaran a/l V.Murugeson
- Teresa Kok Suh Sim
- Nga Kor Ming
Advisor
Tan Kok Wai
Secretary-General
Anthony Loke Siew Fook
Deputy Secretary-General
- Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji
- Liew Chin Tong
- Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
National Treasurer
Fong Kui Lun
Assistant National Treasurer
Ng Sze Han
National Organising Secretary
Steven Sim Chee Keong
Assistant National Organising Secretary
- Khoo Poay Tiong
- Ng Suee Lim
National Publicity Secretary
Teo Nie Ching
Assistant National Publicity Secretary
- Hannah Yeoh Tseow Suan
- Ganabatirau a/l Veraman
International Scretary
Jannie Lasimbang
Assistant International Secretary
Kasthuriraani a/p Patto
Political Education Director
Wong Kah Woh
Assistant Political Education Director
Wong Shu Qi
Committee Member
- Ronnie Liu Tian Khiew
- Thomas Su Keong Siong
- Lim Lip Eng
- Lim Hui Ying
- Alice Lau Kiong Yieng
- Chan Foong Hin
- Tan Hong Pin
- Young Syefura binti Othman
- Teo Kok Seong
- Wu Him Ven
- Syahredzan Johan
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai perkembangan terkini parti DAP, sila ikuti laman Facebook rasmi DAP Malaysia dan pautan https://dapmalaysia.org/