Seorang pelakon terkenal bakal didakwa esok, muat naik kandungan “menjolok”

Kongsikan Artikel ini

PUTRAJAYA – Seorang pelakon lelaki terkenal tanah air bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang esok susulan tindakannya memuat naik satu klip video yang dikatakan mengandungi elemen sumbang di media sosial baru-baru in, lapor kosmo online..

Pendakwaan terhadap pelakon itu akan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan, pelakon lelaki itu boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, hantaran pelakon itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai apabila klip video yang dimuat naiknya dikatakan tidak sesuai untuk dipertontonkan khususnya di Malaysia kerana mengandungi elemen sumbang.

Susulan itu, pelakon dan juga model berusia 36 tahun itu menerima kecaman daripada netizen dengan rata-rata daripada mereka tidak bersetuju dengan tindakan memuat naik video itu. – Sumber KOSMO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *