Sergio Perez raih kemenangan sulung Grand Prix Singapura

Kongsikan Artikel ini

SINGAPURA – Pelumba Red Bull Racing, Sergio Perez melakar sejarah tersendiri sejurus apabila  berjaya meraih kemenangan sulungnya pada perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Singapura sebentar tadi, lapor kosmo online.

Walaupun Perez memulakan saingan di petak kedua namun beliau bijak menggunakan peluang apabila berjaya memintas pasukan Ferrari, Charles Leclerc dan Carlos Sainz sekali gus mendahului sepanjang perlumbaan di Litar Jalanan Marina Bay.

Meskipun Leclerc terpaksa berpuas hati menamatkan saingan tempat kedua namun ia sudah cukup untuk memastikan peluangnya mengejar gelaran dunia F1 terus terbuka selepas Max Verstappen (Red Bull) sekadar menamatkan saingan tempat ketujuh.

Hasil keputusan tersebut, Leclerc mempunyai 125 mata untuk direbut dalam baki lima pusingan nanti selepas pemandu Monaco tersebut hanya dipisahkan 104 mata dengan Verstappen.

Ketika ini, Verstappen masih kekal mendahului carta kedudukan pemandu selepas mengumpul 341 mata dan Leclerc ditangga kedua dengan 237 mata.

Namun, Verstappen memerlukan lapan mata untuk mengatasi Leclerc dan sembilan mata mengatasi Perez bagi mengesahkan kejuaraan di Suzuka, minggu depan.

“Ini adalah perlumbaan terbaik dalam karier saya apabila mengawal saingan ini dengan cukup baik. Tetapi baki tiga pusingan terakhir begitu sengit.

“Saya memberikan segala-galanya dan akhirnya berjaya menjulang kemenangan di sini,” kata Perez. -Sumber Kosmo online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *