Sering Muncul Buat Konten Lucu Bersama, Influencer Kongsi Momen Terakhir Ibu Sebelum Meninggal Dunia [Video]

Kongsikan Artikel ini


Setiap di antara kita pasti akan berasa sedih apabila insan yang disayangi seperti ibu bapa meninggalkan kita dan kembali kepada penciptaNya.

Meskipun perit untuk ditelan hakikat tersebut tetapi sebagai hamba Allah SWT kita perlu reda dengan setiap ketentuannya dan meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

Baru-baru ini media sosial dikejutkan dengan pemergian seorang wanita yang juga ibu kepada seorang influencer, Ain dipercayai akibat barah.

Pemergian ibunya, Siti Hawa Binti Sidek begitu dirasai kerana dua beranak ini sering muncul dengan video-video lucu hingga menghiburkan pengguna TikTok.

Anak cerita keadaan ibu sebelum meninggal dunia

Memandangkan ada yang tertanya-tanya apakah punca sebenar yang menyebabkan ibunya meninggal dunia, Ain tampil untuk menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

Menerusi video di TikTok Ain berkongsi momen-momen akhir ibunya sebelum meninggal dunia.

Difahamkan, ibunya mengalami sesak nafas serta berada dalam keadaan yang lemah sebelum bapanya menghubungi ambulans untuk dibawa ke hospital.

“Mama memang dah terbaring lemah, makan minum semua dah tak boleh masuk. Nak tak nak papa terpaksa panggil ambulans. Mama kemudian dimasukkan ke wad kecemasan zon merah.

“Doktor kemudian bagitahu Ain, kanser mama dah tahap empat yang sangat kritikal. Dia tak boleh bedah dan tak boleh buat apa-apa jadi dia akan buat untuk keselesaan mama je,” kata Ain.

Doktor minta beritahu keluarga kerana keadaan ibu semakin lemah

Doktor kemudian memaklumkan kepadanya untuk memberitahu kepada keluarga terdekat tentang keadaan ibunya yang sudah kritikal kerana dibimbangi wanita itu tidak dapat bertahan lama.

“Ada satu masa tu mama buka mata kuyu sangat, masa tu Ain memang tak boleh (tak dapat menahan diri rasa sedih) sebab rasa mama dah tanggung sakit tu lama sangat. Dalam dua tahun macam tu (durasi ibu tanggung sakit).

“Dia (ibu) nak cakap sesuatu tapi Ain tak faham, jadi Ain nangislah sebab tak tahu nak buat apa. Bila doktor cakap takut mama tak sampai esok tu, Ain harapkan keajaiban jelah kan.

“Tapi kalau mama nak pergi pun tidak mengapa kerana mama dah lama tanggung sakit tu.”

Terkilan tidak ada di sisi ibu sebelum meninggal dunia

Namun apa yang membuatkan Ain terkilan adalah kerana dia tidak berada di sisi ibunya ketika arwah menghembuskan nafas yang terakhir.

Dia bagaimanapun reda dengan apa yang berlaku dan tekad untuk sentiasa mengirimkan doa buat ibu tersayang.

“Korang yang kenal mama tolong doakan mama. Mama selalu hiburkan korang kan, korang doakan mama, baca al-Fatihah untuk mama,” jelasnya lagi.

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut berasa sedih atas pemergian mama tersayang Ain selain turut mendoakan yang terbaik buatnya.

“Salam takziah Ain.. Insya-Allah Ain akan jumpa mama dekat sana nanti kita semua akan pergi ke negeri abadi”

“Semoga kuan Ain, semoga mama Ain ditempatkan dikalangan orang yang beriman al-Fatihah”

“Nangis je sayang, tak apa lepas je jangan pendam okay, semoga kuat”

“Hm aku nangis sebab mak aku tengah tahap 2 (kanser)”




Sumber dipetik:
Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *