Skuter Xmax dan suapan lebih RM100,000, pegawai KDN didakwa

Kongsikan Artikel ini

Seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) didakwa menerima suapan lebih RM100,000 termasuk sebuah motosikal jenis Yamaha XMAX atas balasan membantu sebuah syarikat mendapatkan projek di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Kubu seperti lapor Malaysiadateline..

Muhammad Syamsi Irwan Hawalit, 47, berhadapan empat pertuduhan menerima suapan.

Dia didakwa menerima suapan itu secara berasingan di mana dia menerima wang tunai berjumlah RM80,000 dan sebuah Motosikal Yamaha XMAX bernilai RM22,200 daripada Hafiz Ismail, pemilik Fizwa Global Resources dan Najib Rashdan, secara berasingan.

Ia  adalah sebagai balasan bagi mendapatkan kontrak perolehan perkhidmatan  bernilai RM1.6 juta yang dianugerahkan kepada syarikat itu di Serdang dan Kajang, Selangor.

Kesalahan itu dilakukan antara Jun 2017 hingga 18 Mac 2019 di Serdang dan Kajang dan ketika kejadian tertuduh merupakan Penolong Setiausaha di Bahagian Perolehan KDN, Gred M44.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rozillah Salleh.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim Ruzilah Salleh membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua empat pertuduhan.

Tarikh pendengaran kes seterusnya ditetapkan pada  28 Oktober.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *