SOP baru KKM | Kontak rapat tidak bergejala dan tidak lengkap vaksin, kini tidak perlu kuarantin

tak perlu kuratin
Kongsikan Artikel ini

Bermula 22 April 2022, individu yang menjadi kontak rapat kepada kes Covid-19 tetapi tidak mempunyai gejala, kini tidak lagi perlu menjalani tempoh kuarantin, tanpa mengira status vaksinasi mereka.
SOP baru ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada sidang media di Parlimen baru-baru ini. Hal yang sama turut dikongsikan melalui Twitter rasmi beliau.

Terdahulu, pada 1 Mac beliau turut mngumumkan hanya individu kontak rapat yang tidak bergejala yang sudah lengkap vaksinasi tidak perlu menjalani tempoh kuarantin.

Menurut Khairy, SOP baru ini dibuat berikutan terdapat permintaan daripada pelbagai pihak terutama yang tinggal di asrama.

“Sebelum ini ada permintaan membabitkan mereka yang tinggal di asrama, kerana ada pelajar yang tidak layak untuk mendapatkan dos penggalak. Jadi kita bersetuju untuk melaksanakan peraturan baharu ini,” katanya.

Terdahulu, kontak rapat yang lengkap vaksinasi tanpa dos penggalak perlu menjalani tempoh kuarantin selama lima hari, manakala yang tidak lengkap vaksinasi selama tujuh hari. – KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *