SHAH ALAM – Seorang pegawai sebuah universiti tempatan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa mengemukakan dokumen palsu untuk membuat tuntutan projek pendidikan berjumlah RM330,000 antara 2018 dan tahun lalu.
Menurut sumber, suspek wanita berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 4 petang hari ini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor di sini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam di sini esok untuk mendapatkan perintah reman. – BERNAMA
Sumber dipetik:
sinardaily[dot]my