Suami isteri maut dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2

Kongsikan Artikel ini


Keadaan kenderaan dinaiki mangsa yang terlibat nahas di kilometer 274 dekat susur keluar Plaza Tol Cheneh, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), di Kemaman kira-kira jam 4 petang pada Sabtu.  - Foto tular media sosial, gambar kecil dari kiri: Rosmayati, Arbain

Keadaan kenderaan dinaiki mangsa yang terlibat nahas di kilometer 274 dekat susur keluar Plaza Tol Cheneh, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), di Kemaman kira-kira jam 4 petang pada Sabtu. – Foto tular media sosial, gambar kecil dari kiri: Rosmayati, Arbain

CHUKAI – Sepasang suami isteri maut manakala tiga anak mereka cedera ringan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas di KM274 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar plaza tol Cheneh di sini hari ini.

Arbain Baharudin, 47, dan isterinya, Rosmawati Bakar @ Lalar, 48, seorang guru di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, maut di tempat kejadian parah di kepala dan badan dalam kemalangan pukul 4 petang itu.

Anak mereka, Farah Najwa, 20; Fatin Najla; 10; dan Faikal Nabila, lapan; telah dirawat di Hospital Kemaman kerana mengalami kecederaan ringan di muka, kaki dan tangan.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata Toyota Estima itu dipercayai hilang kawalan dan melanggar pagar jalan di sebelah kiri, sebelum berpusing beberapa kali dan merempuh pembahagi lebuh raya.

Rempuhan itu menyebabkan pasangan itu tercampak antara lima dan 10 meter dari kenderaan mereka, tambahnya.

Keluarga itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kerteh di Terengganu selepas menghantar seorang lagi anak lelaki kepada Politekniik Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, Pahang.- BERNAMA

Ezoiklaporkan iklan ini


Sumber dipetik:
sinardaily[dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *