Taktik terbaharu Macau Scam

Kongsikan Artikel ini

Individu berumur 51 tahun dan ke atas adalah antara mangsa tertinggi Macau Scam yang dicatatkan dalam tempoh tiga tahun bermula 2019.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, statistik menunjukkan daripada 5,535 mangsa yang terlibat, individu dalam usia itu dicatatkan seramai 1,621 orang atau 29.3 peratus. (sumber sinarharian.com.my)

Demikian statistik menunjukkan penipuan macau scam dan mangsa yang terlibat kebanyakan mereka yang baru bersara atau mempunyai sedikit wang simapanan di usia 51 tahun ke atas.

Kebelakangan ini terdapat Modus operandi terbaru melibatkan sindiket Macau Scam dengan menggunakan wajah Pegawai Polis ketika membuat panggilan video bagi memperdaya mangsa. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis semalam oleh seorang suri rumah berusia 40 tahun.

“Mangsa mendakwa telah menerima panggilan video oleh seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Pegawai Insurans sebelum disambungkan kepada seorang Pegawai Polis.

“Mangsa dimaklumkan terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan rasuah. Pegawai Polis tersebut telah membuat panggilan video dengan berpakaian uniform polis.

“Sindiket berkenaan telah menggunakan aplikasi yang menampakkan pergerakan mulut seperti individu sebenar sehingga mengelirukan dan mengakibatkan kerugian kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kes tersebut telah disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menipu.

“Sindiket ini mengelirukan orang ramai dengan membuat panggilan video menggunakan aplikasi tersebut yang menampakkan kesahihan pemanggil sedangkan ia telah diubah suai dengan menampakkan pergerakkan mulut semata-mata dan gambar wajah yang telah disunting.

“PDRM memandang serius dengan kes-kes melibatkan panggilan palsu yang menggunakan gambar profil Pegawai Polis bagi mengaburi orang ramai. PDRM turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan panggilan yang diterima dengan membuat semakan terlebih dahulu agar tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya. Lapor Kosmo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *