Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP|Diawalkan 18 April 2022

pembayran awal
Kongsikan Artikel ini

TARIKH BAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP BERMULA 18 APRIL 2022

Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP|Diawalkan 18 April 2022
Sumber FB Menteri Kewangan Tengku Zafrul

Sejak dibuka kepada ahli pada 1 April lalu KWSP telah menerima permohonan sebanyak 5.3 juta di bawah kemudahan Pengeluaran Khas di mana tarikh pembayaran pertama akan bermula pada 20 April nanti.

Ramai pencarum mula tertunggu-tunggu bayaran yang dijadualkan itu. Apa tidaknya, banyak keperluan perlu dipenuhi apatah lagi aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Ditambah pula dengan peralihan fasa endemik ini, ramai yang bakal berhari raya di kampung setelah dua tahun tidak berbuat demikian.

Pada 17 April lalu YB Menteri Kewangan telah mengumumkan berita gembira ini apabila diawalkan tarikh pembayaran pengeluaran khas KWSP kepada 18 April dari 20 April sebelumnya.

Baca juga artikel: Pengeluaran khas, KWSP terima 5.3 juta permohonan
Teruja pengeluaran khas KWSP lulus, ramai kongsi status di media sosial

tarikh bayaran pengeluaran khas kwsp diawalkan pada 18 april
Sumber FB Tengku Zafrul

Ramai yang message dan komen dalam social media saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”

Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.

Saya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri #KeluargaMalaysia, InsyaAllah.

Ramai pencarum yang memohon pengeluaran khas ini begitu bersyukur dengan pengumuman ini dan pastinya persiapan raya boleh dibuat lebih awal.

Fatin Nurqaseh Nujma antaranya ”Alhamdulillah Syukur. Tksh kpd Tengku Zafrul, Datuk Sri Ismail Sabri, Datuk Sri Najib (Pencetus idea) & pihak2 yg terlibat secara langsung @ x langsung dlm merealisasikan & melancarkan pengeluaran Khas KWSP One Off ini. Tksh kpd semua yg terlibat…

Mauzafi Kamarudin – ”Alhamdulillah dan terimakasih kepada YB Tengku Zafrul kerana sudi mendengar rintihan kami yang sedang kesusahan semoga Allah membalas kebaikan Tengku dengan kebaikan samada dunia mahupun akhirat”.

Nazawardi Jalib – ”Syukur alhamdulillah. Terima kasih atas kebenaran pengeluaran khas ini. Semoga Allah SWT juga akan memudahkan tuan dalam menghadapi hari-hari yang mendatang”.

Sumber: Facebook Tengku Zafrul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *