Tarikh & Jmlah Bayaran Kategori Keluarga

Kongsikan Artikel ini


Tarikh dan Jumlah Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kategori Isi Rumah Fasa 4.

Ini adalah maklumat penting bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)  kategori isi rumah berkeluarga yang perlu diketahui.

Golongan isi rumah merupakan antara kategori yang akan menerima bayaran STR fasa 4 selain daripada kategori warga emas tiada pasangan dan ibu/bapa tunggal.

Untuk bantuan STR isi rumah fasa 4, soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah yang diperoleh? Bilakah tarikh pembayaran, bagaimana cara membuat semakan dan sebagainya.

Untuk makluman, bagi fasa 4,  ada yang dapat sehingga RM1,200.00 mengikut kategori kelayakan dan bilangan anak.

Adakah Bantuan STR Akan Diteruskan pada 2024?

Perdana Menteri pada 11 September memaklumkan Bantuan tunai dan Program RAHMAH akan diteruskan dan ditambah baik bagi memastikan jaringan keselamatan sosial terus ditingkatkan.

Kelayakan Isi Rumah Untuk Menerima STR 2023

Isi Rumah yang layak menerima STR adalah;

  1. Kahwin; atau 
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan 
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Tarikh Bayaran STR Isi Rumah Fasa 4

Berdasarkan jadual pembayaran STR 2023, pembayaran Bantuan Rahmah dibuat 4 kali setahun iaitu;

  • Januari – Fasa 1 (Telah dibayar)
  • April – Fasa 2 (Telah dibayar)
  • Julai – Fasa 3 (Telah dibayar)
  • November – Fasa 4
Jadual pembayaran STR 2023

Berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh LHDNM di atas, pembayaran fasa 4 Bantuan Rahmah akan dibuat pada bulan November 2023.

Pembayaran ini adalah sama dengan pembayaran bagi kategori warga emas.

Namun, pengumuman rasmi tarikh sebenar pembayaran akan dibuat oleh Perdana Menteri selepas ini yang akan dibuat melalui media-media utama.

Jadual bayaran boleh berubah sama ada dipercepatkan atau ditangguhkan mengikut keputusan Perdana Menteri berdasarkan situasi semasa.

Cara Semakan Status STR 2023

Semakan status kelulusan STR  boleh dibuat secara dalam talian (online) dan secara fizikal melalui kaedah berikut;

  1. Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
  3. Menghubungi LHDM
  4. Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran

*masukkan Cara Semakan Status STR 2023 Fasa 1 

Bagi semakan secara online di laman portal STR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Tekan log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
  • Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
  • Masukkan kata laluan
  • Klik menu semakan pembayaran fasa 4
  • Klik maklumat pembayaran

Sekiranya layak STR fasa 4, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;

  1. Tarikh Kredit
  2. No.Pengenalan Akaun Dikredit
  3. Nama Fasa
  4. Jumlah Dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. No Akaun
  8. Kod Tidak Berjaya
  9. Tarikh Tunai
Semakan terkini Maklumat Bayaran STR Fasa 3
Maklumat semakan fasa 4 akan dikemaskini selepas ini

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login

Untuk makluman, kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.

Sekiranya terlupa password MySTR, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut;

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022;
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
    • Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
    • Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu
  2. Tidak mempunyai e-mel /e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
    • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 Lupa kata laluan

Untuk makluman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat. 

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM. 

Jumlah Bayaran

Pembayaran bagi isi rumah fasa 4 adalah berbeza mengikut bilangan anak dan  pendapatan bulanan isi rumah.

Berdasarkan jadual pembayaran yang diumumkan dalam portal Kementerian Kewangan Malaysia, jumlah bayaran bagi STR fasa 4 untuk isi rumah  adalah sebagaimana berikut;

Isi rumah (tiada had umur) dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM200
  2. Bil anak 1-2 – RM600
  3. Bil anak 3-4 – RM900
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM1,200

Isi rumah  (tiada had umur)  dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – Tiada bayaran
  2. Bil anak 1-2 – Tiada bayaran
  3. Bil anak 3-4 – RM300
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM500

Bagi warga emas, pula bayaran yang akan diterima adalah RM200. Manakala bagi golongan bujang, tiada bayaran yang akan diterima pada fasa 4

Lihat jadual bayaran fasa 4 di bawah untuk lebih terperinci.

Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Cara Bayaran

Kaedah pembayaran STR fasa 4 kategori isi rumah  adalah sama sebagaimana kategori-kategori lain di mana pembayaran Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat setelah pengumuman rasmi tarikh pembayaran diumumkan.

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini setelah diumumkan kelak.

Penerima STR yang tiada akaun bank boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) setelah pengumuman rasmi dibuat.

Penerima STR layak Menerima SKIM PERUBATAN MADANI

Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI.

Tempoh Manfaat

Program ini dilaksanakan mulai 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Siapa Yang Layak?

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
  • Kelayakan adalah secara automatik.
  • Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.

Jumlah Manfaat Kelayakan

Tiga (3) kategori jumlah manfaat kelayakan untuk Skim Perubatan MADANI ialah (sehingga Disember 2023.) : 

  1. Isi Rumah Berkeluarga – RM250 
  2. Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125 
  3. Bujang – RM75 

Had manfaat Skim Perubatan MADANI akan berkurang selepas setiap lawatan mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman web mereka.

Semakan Kelayakan

Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui laman web berikut; http://www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani

Kelayakan adalah secara AUTOMATIK sewaktu lawatan ke Klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim ini. 

Penerima STR Layak Skim Khairat Kematian

Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) STR Bermula 17 Julai 2023

SKK adalah skim yang disediakan oleh kerajaan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah sekiranya berlaku kematian kepada penerima STR bagi tahun 2023.

Waris yang layak boleh membuat tuntutan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2023 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.

AMAUN

RM1,000 bagi setiap individu yang layak

KELAYAKAN

SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2023 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023. 

Bagi pelaksanaan STR 2023, kelayakan SKK adalah bergantung kepada ketetapan seperti berikut: 

Kelayakan Menerima _ Skim Khairat Kematian STR_

CARA TUNTUTAN

Tuntutan SKK STR boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Dokumen yang perlu dibawa oleh waris yang didaftarkan adalah: 

  1. Sijil Kematian Pemohon / Pasangan; dan
  2. Kad Pengenalan asal Waris; dan
  3. Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN (Sila Rujuk Soalan 19 (iii) dalam Soalan Lazim https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_MAKLUMAT_WARIS_DAN_SKIM_KHAIRAT_KEMATIAN_(SKK).pdf)

FAQ (Soalan Lazim)

Bilakah Tarikh Bayaran STR Isi Rumah Fasa 4?

Bulan November 2023.

Berapa jumlah bayaran kategori isi rumah fasa 4?

RM200 – RM800. Lihat jadual untuk mengetahui kategori pembayaran yang lebih terperinci.

Bagaimana Cara Pembayaran?

– Ada Akaun – di bayar ke akaun masing-masing.
– Tiada Akaun – tunai di BSN.

Siapakah yang layak menerima pembayaran Bantuan Rahmah Fasa 4?

Penerima STR yang layak menerima bayaran fasa seterusnya adalah penerima yang berstatus lulus melalui semakan di MySTR.



Sumber dipetik: Bantuan Rakyat]dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *