Tarikh dan Jumlah Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kategori Bujang Fasa 3.
Bagi golongan bujang yang sedang menantikan bayaran STR Fasa 3, amat penting untuk mengetahui tarikh dan jumlah bayaran yang akan diterima.
Berdasarkan konsep Payung Rahmah, kerajaan telah menamakan semula program Bantuan Tunai untuk golongan B40 di bawah Kementerian Kewangan Malaysia kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Program ini memberi bantuan kewangan kepada golongan bujang, isi rumah, dan warga emas yang memenuhi syarat.
Mudah-mudahan dengan bayaran STR Fasa 3 ini dapat meringankan kewangan golongan bujang bagi menampung keperluan hidup.
Kelayakan Bujang untuk Menerima STR
Individu bujang yang layak menerima STR adalah;
- Bujang atau Bujang OKU
- Had umur adalah 21-59 bagi Bujang dan 19-59 bagi Bujang OKU
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah.

Tarikh Bayaran STR Bujang Fasa 3
Berdasarkan jadual pembayaran STR 2023, pembayaran Bantuan Rahmah dibuat 4 kali setahun iaitu;

Berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh LHDNM di atas, pembayaran fasa 3 Bantuan Rahmah akan dibuat pada bulan Julai 2023.
Pembayaran ini adalah sama dengan pembayaran bagi kategori isi rumah dan warga emas STR yang lain.
Namun, pengumuman rasmi tarikh sebenar pembayaran akan dibuat oleh Perdana Menteri selepas ini yang akan dibuat melalui media-media utama.
Jadual bayaran boleh berubah sama ada dipercepatkan atau ditangguhkan mengikut keputusan Perdana Menteri berdasarkan situasi semasa.
Cara Semakan Status STR 2023
Semakan status kelulusan STR boleh dibuat secara dalam talian (online) dan secara fizikal melalui kaedah berikut;
- Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
- Menghubungi LHDM
- Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran

Bagi semakan secara online di laman portal STR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;
- Tekan log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
- Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik menu semakan pembayaran fasa 3
- Klik maklumat pembayaran
Sekiranya layak STR fasa 3, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;
- Tarikh Kredit
- No.Pengenalan Akaun Dikredit
- Nama Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun
- Kod Tidak Berjaya
- Tarikh Tunai

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login
Untuk makluman, kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.
Sekiranya terlupa password MySTR, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut;
- Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022;
- Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
- Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
- Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu
- Tidak mempunyai e-mel /e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
- Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
- Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.

Untuk makluman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat.
Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.
Jumlah Bayaran
Berdasarkan jadual pembayaran yang diumumkan dalam portal Kementerian Kewangan Malaysia, jumlah bayaran bagi STR fasa 3 untuk bujang adalah sebagaimana jadual di bawah;

Untuk makluman, bayaran fasa 3 bagi kategori bujang adalah pembayaran terakhir bagi tahun ini. Ini kerana jumlah peruntukan bagi bujang adalah RM350.
Fasa 1 = RM100 (Januari 2023 – Telah dibayar)Fasa 2 = RM100 (April 2023 – Telah dibayar)- Fasa 3 = RM150 (April 2023)
- Fasa 4 = November 2023 (Tiada bayaran)
Manakala bayaran bagi kategori lain fasa 3 ini adalah sebagaimana berikut;
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bil anak 0 – RM300
- Bil anak 1-2 – RM400
- Bil anak 3-4 – RM600
- Bil anak 5 dan ke atas – RM800
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
- Bil anak 0 – Tiada Bayaran
- Bil anak 1-2 – RM150
- Bil anak 3-4 – RM200
- Bil anak 5 dan ke atas – RM250
Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000

Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran STR fasa 3 kategori bujang adalah sama sebagaimana kategori-kategori lain di mana pembayaran Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat setelah pengumuman rasmi tarikh pembayaran diumumkan.
Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini setelah diumumkan kelak.
Penerima STR yang tiada akaun bank boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) setelah pengumuman rasmi dibuat.
FAQ (Soalan Lazim)
Julai 2023
Bujang – RM150
Lain-lain kategori RM150-RM800
1) Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2) Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
3) Menghubungi LHDM
4) Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia)
5) Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Penerima STR yang layak menerima bayaran fasa seterusnya adalah penerima yang berstatus lulus melalui semakan di MySTR.
Golongan belia yang layak juga bakal menerima RM200 dalam bentuk e-wallet menerusi Bantuan e-Tunai Belia Rahmah